teahgemm.blogspot.com

if you are not enjoy with what you have, how can you be happy with more....??

Thursday, March 31, 2011

Enchanted- - - ->>>2011


Here I was again tonight forcing laughter, faking smiles
Same old tired, lonely place
Walls of insincerity
Shifting eyes and vacancy vanished when I saw your face
All I can say is it was enchanting to meet you

Your eyes whispered "have we met?"
Across the room your silhouette starts to make it's way to me
The playful conversation starts
Counter all your quick remarks like passing notes in secrecy
And it was enchanting to meet you
All I can say is I was enchanted to meet you

This night is sparkling, don't you let it go
I'm wonderstruck, blushing all the way home
I'll spend forever wondering if you knew
I was enchanted to meet you

The lingering question kept me up
2am, who do you love?
I wonder till I'm wide awake
Now I'm pacing back and forth, wishing you were at my door
I'd open up and you would say,
It was enchanted to meet you
All I know is I was enchanted to meet you

This night is sparkling, don't you let it go
I'm wonderstruck, blushing all the way home
I'll spend forever wondering if you knew
This night is flawless, don't you let it go
I'm wonderstruck, dancing around all alone
I'll spend forever wondering if you knew
I was enchanted to meet you

This is me praying that this was the very first page
Not where the story line ends
My thoughts will echo your name until I see you again
These are the words I held back as I was leaving too soon
I was enchanted to meet you
Please don't be in love with someone else
Please don't have somebody waiting on you
Please don't be in love with someone else
Please don't have somebody waiting on you

This night is sparkling, don't you let it go
I'm wonderstruck, blushing all the way home
I'll spend forever wondering if you knew
This night is flawless, don't you let it go
I'm wonderstruck, dancing around all alone
I'll spend forever wondering if you knew
I was enchanted to meet you

Please don't be in love with someone else
Please don't have somebody waiting on you


 

Tuesday, March 22, 2011

terkezut beruksss!!

5.30 ptg, jumaat 18hb mac 2011..

petang yg indah(indah laa sangat) 2 saye tengah ber-sms dgn TAI...then tiba2 dia kate..

TAI : syg nak jumpa abg x??

aik...punyelah jauh perak nun ngan batu pahat ni dah gila ke ape nak jumpa cam2 je??so saye pun reply...

Teah : ala nak skype skrg ke...? malaz lah dh ptg ni...malam nati ehh..

selalunye maksud jumpa mase ngan jauh ni memg dlam skype lah....

then dia gelak2 kan saye n teros lupekan hal jumpa 2....saye pon anggap dia memg nak skype lah...so saye pon xambek serius hal jumpa 2....then tiba2 dia text :

TAI : syg g summit skrg...abg ngan farid n zarin kat summit ni...

what, kat summit??biar betul ini orang??(farid n zarin 2 abg n akak TAI...)

Teah : abg kat summit skrg??

TAI : a'ah..cepat lah gerak jumpa kat summit...

pehh ini laki memang nak kene nih...dah banyak kali sangat wat kat saye camni...tibe2 dah ade kat kampung...alasan dia nak wat surprise...eaaa mule2 okey jugak lame2 ase geram jugak balek2 tak nak gitau kite awal2 pun....(tapi happy gile 2 mesti ade punyerr...hehehehe)

p/s : so 13 mac 2011 yang lepas genap kami 4 taun kenal n bersama...jadi saye maafkan lah dia punye surprise yang betol2 mengejut jantung n otak saye mase 2...upenye nak celebrate taun ke 4 kami...selalu sayang n kekal kita bersama...insya-ALLAH.... :)

Saturday, March 19, 2011

Kebahagian Hari Ini..... (>>>:)<<<)

Hari ini…..jam 10.43am…19/03/2011….
Hari ini…..Adalah hari  paling bahagia buat aku dan Dia….   
Hari ini…..merupakan hari yang terucapnya sebuah janji yang tidak ternilai dengan kata2.…
janji yang akan  membawa aku dan Dia kpade kebahagian yg aku idam2kn slame ni….
Hari ini....aku meletakn sepenuh kepercayaan kpdnya…(SEPENUH KEPERCAYAAN)
Hari ini…..aku berpegang pade janji2nya.…
Hari ini…..aku mengharapkan ape yang dijanjikannya adalah satu janji yang
tidak akan diurai ataupun terurai….
hari ini....aku mengharapkan dia penuhi segala janjinya....
Hari ini…..aku merasakan kebahagian itu sudah hampir menjemput aku dan Dia….
Hari ini…..aku berjanji tidak akan membuat Dia menangis….
Hari ini….aku berjanji akan buat Dia sentiase tersenyum…. 
Hari ini....aku berjanji hanya Dia wanita yang ada dalam hidup aku....
Hari ini....aku berjanji akan menjagenya sampai ke akhir hayat aku....
Hari ini….aku akan pastikan kebahagian itu adalah miliknya….
Dan hari ini tidak akan aku lupekan buat seumur hidup aku…….

Post by meloss..

Saturday, March 12, 2011

ape ni.... :)


sometimes i am wander...

if 1 day...
i'll become princess...i have castle..in a dreamland...mine...
cats...flowers in beautiful garden...
lovely dress...nobody bothers...only me...
what...??only me...??
alone in my own dreamland...???

1 day...
someone came to me...
he said...
he don't have dreamland..or even a house to give me...
he is not prince...he can't give me beautiful castle...
he had no any physical luxury...he had nothing...

but...he said...
i'm his princess...
i'm his dreamland...
i'm his journey...
he has castle for me...
just for me...
where is it...??i ask him...
he said...in his heart...
the dreamland...princess...castle...
just for me...

i don't need any castle...anymore...
i believe that Allah gives me something hidden...
i have to find it....
my VICE VERSA...given to me... :)


Friday, March 11, 2011

luahan hati..



Dapatkah aku memilikimu?
Kerana bagiku, kamu, adalah pelangi hatiku
Kerana hadirmu, menentukan arah baru kehidupanku..
Kerana kasihmu, resahku tak lagi kelihatan...
Kerana tawa sendamu, menghapuskan kepedihan yang kurasa...
Kerana tanpamu, keceriaan wajahku hanyalah kepalsuan
Kamu... lukiskan  haluan kehidupanku,
Tanpa dirimu…tidak ada erti aku hidup..          
Aku ingin memiliki mu sampai ke akhir nafasku…               I want to married you when I was 25…,,,,

Adakah kau sudi menjadi penyeri hidupku…????    


post by meloss..   
                            

Tuesday, March 8, 2011

saye rase jahil...


AKU, KAU BERBEZA...AKU, KAU ISTIMEWA...

LELAKI 

Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya. 

Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin (yg ada anak pompuan ramai kena ingat ni....pastikan anak solat, tutup aurat, etc) dan dosa anak lelaki yang belum baligh. 


BERATKAN? 

Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN?? 

Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin. 

Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung (ikut kajian laa...jangan percaya sangat) 

Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya. 

WANITA : 

Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki. 

Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak. 

Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri. Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki. 

Pernahkah kita lihat sebaliknya?? 

Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita. 

Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita ? 

Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak. 

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil). 

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita:

1. ibunya , 2. isterinya , 3.anak perempuannya , dan 4. saudara perempuannya. 

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini:

1. suaminya, 2. ayahnya, 3. anak lelakinya dan 4. saudara lelakinya . 

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja:

1. sembahyang 5 waktu 2. puasa di bulan Ramadhan 3. taat suaminya dan 4. menjaga kehormatannya . 

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata. 

MasyaALLAH.. .sayangnya ALLAH pada wanita .... 

Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki , tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin...maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya...supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA.. 

"Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamu bermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehingga dengan segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab nikmatNya.(Ali- Imran:103) 

Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan segala yang telah dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan. Bahkan manusia itu, anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, walaupun dia berperi-peri memberikan alasan untuk membela diri " 

Hikmah sujud - 

Sujud lega sistem pernafasan 

Mungkin ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud. Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t. yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia. Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t. dan menjauhi laranganNya. Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah s.w.t. dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama. Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. 

Bernafas ketika sujud pula boleh:

- membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya. 

- membetulkan pundi peranakan yang jatuh.

- melegakan sakit hernia. (burut)

- mengurangkan sakit senggugut ketika haid. 

- melegakan paru-paru daripada ketegangan.

- mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa. 

- kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh. 

- meringankan bahagian pelvis. 

- memberi dorongan supaya mudah tidur. 

- menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud.

- pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik, secara automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik. 

- bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada. 

- mengurangkan kegemukan. 

- pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut (convulsions).

- organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen. 

- mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya. 

Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekaligus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya. 

Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentality seseorang. Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna. 

Tujuh kalimat 

Sabda Rasulullah S.A.W " Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa/buih laut " 

1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu. 

2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu. 

3. Mengucap Astagfirullah jika lidah terselip perkataan yang tidak patut.

4.. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.

5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini. 

6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah. 

7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi, mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat mudah-mudahan selalu, walau sambil lalu mudah-mudahan jadi bisa, karena sudah biasa 

Sekarang anda mempunyai 2 pilihan 

1. Biarkan posting ini tetap dalam facebook Tok Wan. Insya Allah tidak akan ada sesuatu yang terjadi pada diri anda. 

2. Share info ini ke sejumlah orang yang anda kenal dan Insya Allah ridha Allah akan dianugerahkan kepada setiap orang yang anda kirim. 

AMIN. 

Surah Al-Munaafiquun : Ayat : 9 Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu lalai (lengah) kerana harta benda dan anak-anakmu daripada mengingati Allah (sembahyang lima waktu). Barangsiapa memperbuat demikian itu, maka mereka orang yang rugi. Ayat : 11 Allah tiada akan memberi tempoh kepada seorang bila telah sampai ajalnya. Allah Maha Mengetahui tentang apa yang kamu kerjakan. 

Para Ulama' berpesan untuk kita jadikan pegangan JANGAN TINGGAL/LALAI BERSOLAT, ia adalah WAJIB:

Barangsiapa meninggalkan solat Maghrib , dosanya seperti berzina dengan ibunya sendiri bagi yang lelaki dan berzina dengan bapanya sendiri bagi yang perempuan! 

Jadi, apakah bezanya sumbang mahram dengan meninggalkan solat Maghrib?

Meninggalkan solat Isya' , maka Allah tidak redha ia hidup di bumi-Nya. 

Bermakna, setiap langkah kita tidak mendapat pelindunganNya di dunia ini. Dan lebih malang bila kita diazab di dunia yang lain nanti (akhirat). 

Meninggalkan solat Subuh akan disiksa selama 60 tahun (waktu akhirat) di dalam neraka. 

Perlu kita ingat bahawa azab yang paling ringan adalah sepertimana azab yang dikenakan kepada bapa saudara Rasulullah saw yang mana apabila dipakaikan kasut dari neraka maka mendidihlah sampai ke otaknya.Selama ini kita baru dapat bayangkan bagaimana air mendidih saja.....

Meninggalkan solat Zohor diibaratkan seperti meruntuhkan Ka'abah. Kalau begitu sepanjang hidup kita ini tak payahlah berangan-angan untuk menunaikan haji. 

Itu adalah suatu perkara yang amat mudah...

Satu kali meninggalkan solat Asar sama dosanya dengan membunuh 1000 orang Islam. 

Kat dunia ni bolehlah jadi sekutu Presiden Bush atau Obama, tak payahlah kutuk dia lagi kat dunia ni...Kita dengan dia (Bush / Obama) sama saja.

Rasulullah saw ada menyebut, tinggalkan solat adalah Kafir yang nyata. 

Yang benar itu adalah dari Allah swt dan yang kurang itu adalah dari kelemahan kita yang nyata. 

Salam Ukhuwah..~

:: baru arini aku sedar yang aku dah banyak bagi dosa percuma especially kat ayah aku...selama ni aku mengaku yang aku sayang sangat kat abah...tapi baru arini aku sedar yang aku sayangkan abah cuma dari mulut aje...kalau aku sayang abah, aku takkan bagi dia peluang tanggung semua dosa aku...walaupun memang aku tau daripada sekolah agama yang abah tanggung dosa anak perempuan selagi belum kahwin..tapi aku leka sekejap bila aku dah lama tak jejakkan kaki kat sekolah agama sejak abis je aku darjah khas...semua yang baca blog ni and especially my closest person, anuar please doakan aku dapat jadi anak perempuan yang lebih baik untuk abah aku...amin...

p/s : to anuar only...you play very important role to guide me to the true path in life...i beg u...

Wednesday, March 2, 2011

tension gileerrrrr...!!

ni ape hal pulak teah...tetibe lak tension...boleh ag tanye kenape...next week dah lah nak exam..tahu lah this is not the real examination, but still exam kan...kalau TESL ni senang sekalipun kena lah ade study week jugak kan...arini memang penat gilerr sebab ade kejohanan trek dan padang...yesterday pulak we have merentas desa..so tired and memang xlarat sangat nak belajar...today all TESL students have 2 participate in that particular time...i kena jadi pengadil lorong..kena dok berdiri kat tengah padang 2 for 3 jam...panas sangat..tapi orang kata ni semua adat bila time tengah belajar...siapa yang suka berpanas kan...walaupun saya baru je recover daripada sunburn yang sangat2 teruk...ape boleh buat...hidung pun masih berbelang lagi...hmm redha jelahh......

Monday, February 28, 2011

A BETTER TOMORROW

I never knew there would be a better tomorrow 
But you've come into my life 
And taken away all my sorrow 

My days of sadness are a thing of the past 
Because I have found 
True love at last 

My days of emptiness are gone for good 
Because you fill a void in my heart that you should 

You've opened a window 
You've shown me the light 
And my love for you 
Will continue to burn bright

Didalam sebuah cinta...terdapat bahasa
Yang mengalun indah...mengisi jiwa
merindukan kisah...kita berdua
Yang tak pernah bisa...akan terlupa

Bila rindu ini..masih milikmu
Ku hadirkan sebuah..tanya untukmu
Harus berapa lama..aku menunggumu..
aku menunggumu...

Di dalam masa indah...saat bersamamu
Yang tak pernah bisa...akan terlupa
Kenangan masa yang...menghancurkan jiwa
Dengan segenap cinta...aku bertanya

Bila rindu ini..masih milikmu
Ku hadirkan sebuah..tanya untukmu
Harus berapa lama..aku menunggumu..
aku menunggumu..aku menunggumu...

 
>>>and tetibe lak datang jiwang...ala tak salah kan nak lepas gian sekali-sekala XD<<<



: : aik apesal tetibe teselit gambar makan piza plak ni...hahaha...
takde lah sebenor nye dah lame tak makan piza...
tengok-tengok gambar cantek je tengah makan piza kan
so tak dapat makan dapat tengok gambar je pun jadilah...



TEAH GEMM...

Sunday, February 27, 2011

katanya....tak mengapa.....



Perkataan janji itu sendiri membawa makna yang sangat mendalam...apatah lagi bila diucapkan insan yang paling disayangi...janji kukuh tersemat di hati...akan percaya setiap kata-kata dan janji...tanpa ragu dan sangsi...akan tetapi apabila janji itu terurai..dunia terasa kelam, gelita...tak mampu berpijak di bumi nyata, kenyataan yang pahit untuk ditelan..memori indah berderai, tak terluah kata-kata..juga....dia takkan mampu menolak rasa...kamu lah segalanya......walaupun mungkin dia merasa hatimu bukan lagi untuknya...tetap berpegang pada kata hati..kehilangan kamu tidak diingini..tapi juga tak punya kuasa menolak hukum alam..mungkin saja kamu bukan lagi milikmya tapi hanya setelah dia berusaha untuk miliki kamu...tibanya saat itu, untuk melepaskanmu mungkin adalah jalan terbaik..setelah dia puas mendampingi kamu...bergurau dengan kamu..berkongsi rasa denganmu..tetapi....mungkin juga kamu masih menyayanginya....katanya....maka dibimbingnya kamu ke jalannya...berusaha untuk memenangi jiwamu..dengan caranya.....janjinya...

akan sampai ketika...dia mengkhianatimu...pedih dirasa..pahit terasa...mungkin juga ini hukum darinya untukmu...bahkan mungkin juga ketetapan Pencipta terhadapmu...tapi sentiasa terpanggil bahawa suatu tika dahulu.....apa perbuatanmu padanya...apa katamu pada insan selainnya......kesilapannya hanyalah pada janji-janjinya...jika dia mampu menelan pahit itu walaupun selama berbulan-bulan, setahun....segalanya terpaksa diterima...walaupun kadangkala terpaksa melukakan hatimu untuk sesaat..penyesalan pasti tiba tiap kali hati kamu dilukai...katanya...jika hati kamu tetap enggan mengakui kesilapannya...tak mengapa....dia tetap menyayangimu...menjagamu...katanya....tiada janji terluah supaya kamu mempercayainya...katanya...hanya sang Pencipta yang menyimpan segala rahsianya...yang telah kamu ketahui walaupun dinafikan....katanya...tak mengapa....katanya....tetap ada insan yang menunggu di belakangmu...jika kamu tetap tidak menoleh kepadanya...katanya.....tak mengapa....katanya...asalkan sahaja kamu tidak pernah membuangnya dari hati kamu...walaupun mungkin saja waktu itu insan lain singgah di hati kamu...katanya...sentiasa lah mengingatinya walaupun tidak lagi seluas dulu...katanya...tak mengapa...

TEAH GEMM

Saturday, February 26, 2011

Arti Sebuah Janji,,

Janji itu nampak seperti satu hal yang terucap dan terdengar, serta tertanam dalam hati, di dalam jiwa, aku telah mendengar dan janji itu tertanam di hati, bahkan tumbuh menjadi sebuah ikatan dan kepercayaan, janji itu terlihat nyata dalam mata ini, dan terdengar nyata di dalam telinga ini, janji adalah janji, tidak mengenal ikatan, atau keputusan, kerana janji tidak bergantung pada apapun, kerana janji, semua orang berusaha, untuk menepatinya, menyelesaikannya, dan melupakannya.

Jika kau seorang manusia yang benar mempunyai hati dan jiwa. Fikirkanlah, setiap kata yang terucap sebelum itu menjadi janji bagi dirimu atau orang lain, tapi memang dengan jelas. YA. dengan jelas, jika kau tidak menganggap dirimu sendiri adalah manusia. Tak perlu menunggu. akan ada saat kau menyakiti orang lain. karena kau tidak mahu menepati janji itu. bahkan melupakannya. jika memang itu kau. Sadarkah bahawa kau telah melukai seseorang.


post by meloss..

Friday, February 25, 2011

Sebuah Cinta Abadi yang Pernah Ada di Bumi

Sekian ratusan tahun yang lalu…

Di malam yang sunyi, di dalam rumah sederhana yang tidak seberapa luasnya… seorang isteri sedang menunggu kepulangan suaminya. Biasanya sI suami tidak balik lewat malam. Si isteri bingung…. hari sudah jauh malam dan ia sudah sangat keletihan dan mengantuk. Namun, tak terlintas sedikitpun dalam benaknya untuk segera tidur dan terlelap di tempat tidur suaminya. Dengan setia ia ingin tetap menunggu… namun, rasa mengantuk semakin menjadi-jadi dan si suami tercinta belum juga datang.  

Tidak lama kemudian….
 
Seorang lelaki yang sangat berwibawa lagi luhur budinya tiba di rumahnya yang sederhana.
Lelaki ini adalah suami dari si isteri tersebut.
Malam ini beliau pulang lebih lambat dari biasa.. beliau sangat letih dan penat..
Namun, ketika dia mahu mengetuk pintu… dia terfikir bahawa si isteri sedang lena tidur…. beliau tidak mahu menganggu lena isterinya..
Tanpa berfikir panjang, beliau tidak jadi mengetuk pintu lalu menggunakan serbannya sebagai alas tempatnya berbaring di depan pintu..
Dengan kelembutan hati yang tak ingin membangunkan isteri tercintanya, si suami lebih memilih tidur di luar rumah..
di depan pintu…
dengan udara malam yang dingin…
hanya beralaskan serban tipis..
Penat dan lelah seharian, dingin malam yang menggigit tulang..
hanya kerana tak mahu membangunkan isteri tercinta.. 

Subhanallah…

Dan ternyata, di dalam rumah..
Di sebalik pintu tempat si suami mengalas serban dan berbaring diatasnya..
Si isteri masih menunggu, hingga terlelap dan bersandar lah dia di balik pintu..
Tak terlintas sedikitpun dalam fikirannya untuk berbaring di tempat tidur, kerana suaminya yang belum pulang..
Namun, kerana rasa mengantuk yang tidak dapat ditahan-tahan dan tidak mendengar ketukan suaminya, ia memutuskan untuk menunggu si suami di depan pintu dari dalam rumahnya..

Malam itu… tanpa saling mengetahui, sepasang suami isteri tersebut tertidur berdampingan di kedua sisi pintu rumah mereka yang sederhana… karena kasih dan rasa hormat terhadap pasangan.. si isteri rela mengorbankan diri terlelap di pintu demi kesetiaan serta hormat pada si suami dan si suami juga yang mengorbankan diri tidur di pintu demi rasa kasih dan kelembutan pada si isteri...

dan Nun jauh di langit….
 
ratusan ribu malaikat pun bertasbih….
 
menyaksikan kebahagiaan pasangan tersebut…

SUBHANALLAH WABIHAMDIH...

betapa suci dan mulia rasa cinta kasih yang mereka bina...

terlukis indah dalam ukiran akhlak yang begitu mempesonakan…
 
saling mengasihi, saling mencintai, saling menyayangi dan saling menghormati…

Tahukah Anda… siapa mereka..?

Si suami adalah...

Muhammad bin Abdullah, Rasulullah SAW 

dan...

Si isteri adalah Sayyidatuna Aisyah RA binti Abu Bakar As-Sidiq.
 
Merekalah sepasang kekasih teladan, suami isteri contoh, dan merekalah pemimpin para manusia, lelaki dan perempuan di dunia dan akhirat...


Semoga rahmat ALLAH sentiasa tercurah bagi keduanya, dan mengumpulkan jiwa kita bersama Rasulullah SAW dan Sayyidatuna Aisyah RA dalam surgaNYA kelak...
 

dan Semoga ALLAH SWT memberi kita taufiq dan hidayah untuk meneladani kedua manusia mulia tersebut...

 
Amiin…amiin ya rabbal’alamiin….

: : terharu sangat bila terbaca kisah ini...wujud lagi ke suami isteri macam ni dalam dunia yang moden sekarang...yang mana setiap hari kita baca kat paper, tengok kat berita suami isteri yang langsung takde rasa hormat kat perasaan masing-masing...dua-dua pentingkan diri sendiri...isteri yang curang...suami yang pukul isteri...n ade jugak isteri yang pukul suami...apa jenis manusia zaman sekarang....mintak-mintak dijauhkan semua ni daripada diri aku sendiri...

ASTAGHFIRULLAHALAZIM..... 



 TEAH GEMM....

Tuesday, February 22, 2011

Friday, February 18, 2011

Takdir antara Air dan Api



air berkata pada api
"kerana cinta..
aku membunuh mu"

apakah maksudnya?
adakah kerana
si air tidak lagi tahan
atau tidak lagi mampu
untuk menerima bahangnya api?

walaupun selama ini
si air sentiasa sabar mengikut tingkah nya si api?

apabila api mendekati air dengan bahangnya
maka air menjadi pengawal suhu di sekelilingnya
penyelamat keadaan tika api tidak mengawal dirinya.

bagaimana pula apabila api bernyala kecil
tapi nyalaan kecil berwarna biru itu yang paling bahaya
kerana tiap kali didekati
akan melecur diri akan berubah kondisi ?
dan yang paling terkena semestinya si
air yang setia disisi si api ?

mungkin kerana itu
si api lupa.
bahawa air lebih kuat darinya
mungkin bukan dari rupa bentuk fizikalnya
tetapi kemampuan kekuatan dirinya
ketahanan dan kepimpinan
melebihi si api
walau air dikenal dengan lemah lambutnya
kepentingannya dan keistimewaannya
namun tetap berkuasa.

Dan kerana si air ingin menjadi pelindung
Yang sentiase menjaga si api dalam ape jua keadaan..
 Si air akan tetap sabar dan sentiase meredakan bahang si api
Ketika sedang membara..
Munkin itulah cinta dan kasih di antara
Si air dan si api…
Yang tidak mungkin akan terpisah atau dipisahkan.....