teahgemm.blogspot.com

if you are not enjoy with what you have, how can you be happy with more....??

Friday, February 25, 2011

Sebuah Cinta Abadi yang Pernah Ada di Bumi

Sekian ratusan tahun yang lalu…

Di malam yang sunyi, di dalam rumah sederhana yang tidak seberapa luasnya… seorang isteri sedang menunggu kepulangan suaminya. Biasanya sI suami tidak balik lewat malam. Si isteri bingung…. hari sudah jauh malam dan ia sudah sangat keletihan dan mengantuk. Namun, tak terlintas sedikitpun dalam benaknya untuk segera tidur dan terlelap di tempat tidur suaminya. Dengan setia ia ingin tetap menunggu… namun, rasa mengantuk semakin menjadi-jadi dan si suami tercinta belum juga datang.  

Tidak lama kemudian….
 
Seorang lelaki yang sangat berwibawa lagi luhur budinya tiba di rumahnya yang sederhana.
Lelaki ini adalah suami dari si isteri tersebut.
Malam ini beliau pulang lebih lambat dari biasa.. beliau sangat letih dan penat..
Namun, ketika dia mahu mengetuk pintu… dia terfikir bahawa si isteri sedang lena tidur…. beliau tidak mahu menganggu lena isterinya..
Tanpa berfikir panjang, beliau tidak jadi mengetuk pintu lalu menggunakan serbannya sebagai alas tempatnya berbaring di depan pintu..
Dengan kelembutan hati yang tak ingin membangunkan isteri tercintanya, si suami lebih memilih tidur di luar rumah..
di depan pintu…
dengan udara malam yang dingin…
hanya beralaskan serban tipis..
Penat dan lelah seharian, dingin malam yang menggigit tulang..
hanya kerana tak mahu membangunkan isteri tercinta.. 

Subhanallah…

Dan ternyata, di dalam rumah..
Di sebalik pintu tempat si suami mengalas serban dan berbaring diatasnya..
Si isteri masih menunggu, hingga terlelap dan bersandar lah dia di balik pintu..
Tak terlintas sedikitpun dalam fikirannya untuk berbaring di tempat tidur, kerana suaminya yang belum pulang..
Namun, kerana rasa mengantuk yang tidak dapat ditahan-tahan dan tidak mendengar ketukan suaminya, ia memutuskan untuk menunggu si suami di depan pintu dari dalam rumahnya..

Malam itu… tanpa saling mengetahui, sepasang suami isteri tersebut tertidur berdampingan di kedua sisi pintu rumah mereka yang sederhana… karena kasih dan rasa hormat terhadap pasangan.. si isteri rela mengorbankan diri terlelap di pintu demi kesetiaan serta hormat pada si suami dan si suami juga yang mengorbankan diri tidur di pintu demi rasa kasih dan kelembutan pada si isteri...

dan Nun jauh di langit….
 
ratusan ribu malaikat pun bertasbih….
 
menyaksikan kebahagiaan pasangan tersebut…

SUBHANALLAH WABIHAMDIH...

betapa suci dan mulia rasa cinta kasih yang mereka bina...

terlukis indah dalam ukiran akhlak yang begitu mempesonakan…
 
saling mengasihi, saling mencintai, saling menyayangi dan saling menghormati…

Tahukah Anda… siapa mereka..?

Si suami adalah...

Muhammad bin Abdullah, Rasulullah SAW 

dan...

Si isteri adalah Sayyidatuna Aisyah RA binti Abu Bakar As-Sidiq.
 
Merekalah sepasang kekasih teladan, suami isteri contoh, dan merekalah pemimpin para manusia, lelaki dan perempuan di dunia dan akhirat...


Semoga rahmat ALLAH sentiasa tercurah bagi keduanya, dan mengumpulkan jiwa kita bersama Rasulullah SAW dan Sayyidatuna Aisyah RA dalam surgaNYA kelak...
 

dan Semoga ALLAH SWT memberi kita taufiq dan hidayah untuk meneladani kedua manusia mulia tersebut...

 
Amiin…amiin ya rabbal’alamiin….

: : terharu sangat bila terbaca kisah ini...wujud lagi ke suami isteri macam ni dalam dunia yang moden sekarang...yang mana setiap hari kita baca kat paper, tengok kat berita suami isteri yang langsung takde rasa hormat kat perasaan masing-masing...dua-dua pentingkan diri sendiri...isteri yang curang...suami yang pukul isteri...n ade jugak isteri yang pukul suami...apa jenis manusia zaman sekarang....mintak-mintak dijauhkan semua ni daripada diri aku sendiri...

ASTAGHFIRULLAHALAZIM..... 



 TEAH GEMM....

No comments:

Post a Comment