teahgemm.blogspot.com

if you are not enjoy with what you have, how can you be happy with more....??

Fashah epics 3 : :

okay sekarang dah epics 3...aku nak bagitau pasal 1 lagi cerita in Fashah epics...memang dah agak lama cerita ni...serius camne orangnya TAI ni...?TAI is unpredictable guy...ingat lagi aku kata dia pemalu (kononnya lah kan)...hehehehe...tapi TAI ni friendly jugak...takdelah kera sumbang sangat (dengan perempuan)...

eaa jangan lari daripada topik boleh tak...menyampah pulak ngan diri sendiri sebab selalu je cakap benda yang jauh daripada topik asal...TAI selalu jugak bising pasal ni...sorry u...hehehehehe

kan tengok,betul tak apa aku cakap...haissshh...kalau dalam esei ni dah dapat separuh markah je sebab melalut out of topic!!

okay now apesal aku cakap TAI ni unpredictable...??continue baca story ni okey...

benda ni jadi tahun 2008, masa tu masih baru-baru lagi aku ngan TAI...masih malu-malu lagi u know...hehehehe...orang kata masih blushing-blushing lagi kalau bertembung kat sekolah...nak muntah pulak aku bila ingat balik zaman bunga-bunga tu...hehehe...sekarang??aku ketawa kuat badak sebelah dia pun sampai nak tercabut braces aku tak tau malu lagi dah...awex jenis apa lah aku ni...hehehe

balik kat topik...!!

aku ni jenis perempuan yang tak kontrol boyfriend sangat (masa tu)...sebabnya??prinsip hidup aku, kalau kau suka dengan perempuan lain, just go...aku tak kisah...takde maknanya aku nak tanya kau pilih sorang, aku or dia....??ohhh drama betul...sedih ni tau tak..sedih betul ni...hehehehehe...pada aku, perempuan macam tu sangat kesian...patut perempuan yang pilih laki mana nak dijadikan boyfriend...ni diri sendiri yang jadi pilihan nak dijadikan girlfriend ataupun tak....aduhhh kasihan dehh lo!dear perempuan, baik awak angkat kaki jelah daripada boyfriend camni...tak berguna namanya...hehehehe...aku takkan berebut lelaki okey....ohh pleassseeee....!not me....!

sape yang jadi boyfriend aku boleh bebas keluar dengan mana-mana perempuan (masa tu lahh)...dengan syarat...bagitau aku dulu...bukan apa, aku tak nak lah nanti orang lain yang bagitau, 

'eaa teah tadi aku nampak pakwe kau keluar dengan tutt sana lah, tutt sini lahh'

eaa boleh sssssengatttttt (ajib KL Gangster kata) telinga gua dengar tau....berapi berasap keluar daripada telinga-telinga aku ni...haa tu umpamanya...

then 1 ari ni aku nak bagitau si TAI...alahai cam biasalah mesej je...mana berani nak cakap benda-benda camni depan-depan...maklumlah malu lah (konon) kan....

masa tu kitorang susah mesej sebab yelah kan budak asrama sekolah mana boleh bawak fon gi asrama...kena seludup-seludup...so selalunya memang weekend lah baru dapat mesej-mesej gitu...

tiba lah weekend...akunpun punyalah gelabah dah acaner nak gitau dia ni...

okey sekarang redahh buat je....!

(dipendekkan cerita sebab tak best sangat pun conversation tu...tak payahlah cerita)

aku cakap,

'Awak saya bukan jenis kuat jealous or queen control...saya tak kisah kalau awak nak keluar dengan perempuan lain...dengan syarat awak bagitau saya...asalkan saya tau awak keluar dah cukup...saya pun boleh berkawan dengan lelaki lain, and saya akan bagitau awak kalau saya keluar dengan dia...and kalau awak dah suka kat perempuan lain, bagitau saya...pegilah, saya tak kisah.'

(untuk level bawah 18 tahun, aku guna saya awak jelah...tak lari pun daripada mesej sebenar...geli pulak baca kang kalau guna lain...)

memang ayat budak-budak gila...macam sizuka dengan nobita...tapi aku ikhlas beb cakap camtu...aku bukan nak serius pun dengan dia...so bialah kalau dia suka orang lain pun....hehehehe

then tunggulah dia reply....masa menunggu dia reply tu hati ni berdegup berlari tak cukup tempat ni dalam dada ni....naik bergegar tulang rusuk aku ni jantung berdegup kencang punya pasal...macam nak terkeluar daripada tulang rusuk ni...oii rilek oii tenang-tenang oii...!

'aduhh lambat betul dia reply...dia gelak bedekah nak mati ke, atau dah mati pun kat sana...geli punya pasal ngan ayat aku...aduhh malu pulak rasa ni...rasa menyesal pun ade...'

berminit-minit kemudian...

tetttt2 tett2...(nokia aku bunyikk)

aduhh gigil2 tangan ni nak baca...rasa macam nak delete terus...

TAI : okey...bla bla bla bla

sebenarnya tak ingat pun apa yang TAI balas masa tu....sorry...hehehehehe

okey now aku lega sebab dah cakap apa yang aku nak cakap...banggalah jugak sikitt...

then 1 hari ni TAI bagitau aku....

TAI : Awak nak tau 1 cerita tak?

'aduhh dia ni nak cerita, cerita jelah...mukadimah2 pulak....!'

me : Ceritalah, apa dia?

TAI : Tadi saya, Dini (bestfriend TAI), etot (awex Dini a.k.a gf Dini) dengan Lis(classmateTAI) keluar sama-sama pegi summit. and berlaku 1 benda yang sangat2 tak pernah berlaku dalam hidup saya...tak tahulah nak cakap macam mana...macam pelik tapi macam seronok..malu gila awak....

me : Ohh yeke....apa dia tu....?

'eaa...soooo....??sukahati kau lah nak keluar dengan siapa pun kan..okey rileks2 dengar dulu apa dia nak cakap...layannnn....!'

TAI : Awak tau tadi Lis suapkan saya makan...saya pun tak tau tiba-tiba je dia sua kan sudu suap saya makan...saya pun terkejut lah bukak jelah mulut dah dia nak suapkan kan...eei serius awak rasa macam malunya....takde mana-mana perempuan penah suapkan saya makan, awak...

'amboi gedik betul mamat ni arini...ohh boleh tahan jugak awak ye TAI....bersuap-suap bagai...mentang-mentang aku tak penah suap kau makan...bukan tak penah...tak nak pun...bukan type aku tak malu nak suap-suap lelaki depan orang ramai...dah terdesak sangat ke kak....???'

dengan penuh yakin aku reply,

me : ohh yeke...yelah kan Dini keluar dengan awex dia, mestilah Lis pun nak jugak rasa macam keluar dengan pakwe...

(ni je ayat yang paling plastik keluar daripada tekak aku...habis takkan lah nak buruk-burukkan kawan dia pulak kan)

thanks lah kat TAI sebab jujur kat aku...aku memang tau si Lis tu memang suka kat TAI (sejak aku couple dengan TAI)...perosak hubungan orang kan...

'heyy boy, aku pun ada cerita jugak...ingat apa, kau ada aku takde....??jangan ingat kau je ada secret admirer...aku punya lagi dasat....mehh dengar cerita aku pulak...'

(then jadilah satu kisah cerita aku pulak...aku pun honest dengan dia...)

me : dah alang-alang awak cakap pasal ni, saya pun nak jujurlah dengan awak...awak ingat tak saya ada bagitau awak saya keluar dengan tutttt2 bla bla bla dan bla lagi....

(then aku pun ceritalah dari A sampai Z)

huhhh semput nafas taip mesej panjang-panjang....nahh ambek kaww....boleh tahan hebat jugak secrert admirer aku kan...hehehehe

tapi serius memang geram jugak lah dengan si Lis tu...dah 2 tahun dia sekelas dengan TAI takde pulak dia nak menggedik-gedik camtu...bila TAI dah ada aku, amboi-amboi aktif pulak ulat bulu dalam badan kau eh...nampak sangat terserlah perangai, suka kacau hak orang...nasib baik lah aku tak camtu...tak nak lah ambek laki orang...berlambak lelaki kat Bumi ni...setakat TAI tu, aduhhh ambekk2...nak sangat...tu pun kalau TAI nak kat kau lah...sampai berbaik-baik dengan aku bagai, ingat aku nak bergaduh-gaduh mengamuk apa...then nak ngadu kat TAI aku ni marah-marah lah apa lah....dah Lis yang sibuk mesej-mesej aku dulu, so layannn jelah....kesian pompuan ni takde kawan agaknya...

tu lahh namanya dugaan...bukan senang beb nak tahan relationship ni...dah bergelen-gelen hingus aku ni kalau dikumpulkan...so TAI ni memang tak boleh dijangka kan...masa tu aku belajar lagi 1 benda baru pasal dia...lagipun yang positifnya bagus lah dia macam tu, boleh bercampur berkawan dengan orang lain...takdelah dalam dunia dia aku sorang je...TAI 2 pemalu....??not in million years....!takdenye maknanya oii dia tu pemalu....!

tapi tu cerita dulu lah....sekarang aku warning dia awal-awal...dah makin dekat nak kahwin ni memang siap lah kalau dia ada keluar dengan perempuan lain, buat hal...memang hilang taik lalat siti nurhaliza dia aku tebang...dah bagi peluang dulu keluar dengan perempuan lain, dah cukup...jangan nak mengada-ngada...aku terajang balik UITM perak balik kang... 

pengajarannya kat sini, jujur tu penting...okey TAI...!

=D

2 comments:

  1. haha ingat lagi eh zaman skolah dlu...xpe la smua tu pngajaran kot..buang yang keroh ambil yang jernih..hehe

    ReplyDelete