teahgemm.blogspot.com

if you are not enjoy with what you have, how can you be happy with more....??

Saturday, December 8, 2012

the kings of korea's variety shows..Boom and Yoo Jae Suk...


assalamualaikum w.b.t...

kejap sebelum cerita pasal tajuk kat atas, nak bagitau yang mula-mula ingat nak tulis entri ni in English tapi bila aku pikir2 balik blog ni bukan jejari runcing kak elia ex-fiance apex yg 1 malaysia ni nak baca…ni sape jek yang nak baca kan…hahahaha….so last2 pakai bahasa ibunda jelah yek…saya bangga jadi anak Malaysia….hehehe

aku rasa semua orang tau yang ketawa tu terapi...artikel ni amek daripada blog orang….

http://salamahrazip.blogspot.com/2012/08/ketawa-untuk-sihat.html




KETAWA UNTUK SIHAT

Kita akan ketawa bila merasakan sesuatu perkara itu lucu atau pun ketika kita sedang menonton cerita yang lawak.

Saat berkumpul dan berbual bersama teman-teman dan keluarga juga boleh menimbulkan saat riang ketawa hingga boleh mengeluarkan air mata.

Namun, tidak ramai yang tahu ketawa merupakan satu perkara yang selain mengembirakan, ia juga baik untuk kesihatan kita!

Menurut beberapa kajian yang dilakukan, individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam selama 10 minit.

Hal ini terjadi kerana apabila ketawa, tekanan darah dan kadar degupan jantung akan meningkat dan kedua-dua kadar ini kemudiannya akan turun lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.

Jika kita sedar, kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa dan tidak hairanlah orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami tekanan dan kemurungan..

So ape pulak kaitannye dengan tajuk entri kali ni…alah peminat Korea tau kot…yelah sekarang ni kan dunia tengah kena landa demam k-pop…walaupun kadang2 aku rasa macam bodoh jek orang suka tengok group2 lelaki yang kurus2 kering kerempeng menari…tak nak lah mention sapa group2 2 yelah kang fans dorang bagi komen busuk kat sini ni padan muka aku…tu pun kalau baca ek...hahahahaha…minat gila jugak group2 k-pop ni tapi bukan yang kerempeng2 tu lahh…geli…minat ngan 2pm ngan big bang…body dorang fuyyohh malas lah nak bagitau kat sini…google search sendiri sudaa….

p/s :: abg jangan terasa hati eh…biasa lah perempuan pun macam lelaki jugak yang suka tengok perempuan2 cantik…perempuan pun suka tengok lelaki2 yang tough2…memang lumrah manusia….abg pun minat SNSD kan…takpe owg pun minat SNSD…hehehehe



:: pic SNSD yang paling comel...huhuhuhu

Kejap…aku tengah nak citer pasal bende lain…takde kena mengena ngan tajuk ag…sukati lah blog sandiri….

Sorang kawan yang giler k-pop sampai lagu2 melayu sepatah haramm pun dia xtau…cer tanya semua artis k-pop semua dia tau…gilerr dia uhh…

Dia tau aku die-hard-fan 2pm…2pm takde keluar album baru buat masa ni so memang tengok videoklip-videoklip 2pm setiap hari (kat ostel je) tak kenal erti bosan…hehehehe…so dia pun cakap lah xbosan ke tengok benda yang sama je setiap ari…eaa xlah dah benda aku suka kan watpe nak bosan…biz takkan kita kena berganti suami setiap ari ke sebab bosan…x,kan…dah benda kita suka mestilah xbosan syidah…!(aku tau ko kompem bace entri aku ni)…hehehe

emm walaupun minat ngan 2pm aku paling anti ngan Taecyon...xtau nape....rupa nya member2 pun sama gak...rupa2nya aku pompuan yang normal xpandang lelaki kat badan tough aje...hahahaha...bukan pe, kalau tak tengok Taecyon dalam kehidupan sebenar mungkin boleh gila separuh mati kot ngan dia...tapi bila dah tengok dia kat realiti sumpah benci siot ngan dia...bajet gila waa tengok...tau lah dia handsome tahap giloo tapi bila dah nampak sangat control handsome and bajet dia boleh buat semua benda jadi menyampah pulak tengok dia....hahahaha  

Big Bang luarannya memang nampak kecik jek…tapi kat videoklip fantastic baby yg dorang half-naked (kecuali Top yang tak suka tunjuk badan…hehehe) body dorang memang boleh tahan lah cam 2pm…Cuma 2pm tu tinggi2 and dada bidang tu yang nampak tough walaupun pakai baju…


:: 2pm...kan...like i said...hehehe

:: big bang...kan...like i said..hehehe


Okey lah kan daripada kerempeng geli aku…memang ‘dia’ pun xlah tough sangat…tapi xdelah kurus cam group-group k-pop kerempeng 2….hehehehe

Tajuk entri…the kings of korea's variety shows..Boom and Yoo Jae Suk..

2 orang ni pulak the most lovable comedian aku penah tengok…Boom ngan Yoo Jae Suk…

Sape dorang ni…jom tengok…(baru je google search…hahaha)

Boom...bawah, Boom(6 dari kiri)

Lee Min Ho (lahir 10 Mei 1982), lebih dikenali sebagai Boom (Hangul: 붐), Korea Selatan. Boom merupakan seorang rapper, penyanyi, pelakon, hos radio, dan penyampai televisyen. Beliau telah membuat banyak penampilan televisyen di pertunjukan komedi Korea Selatan dan juga sitkom (rancangan komedi). Rancangan terbaru Boom yang sangat popular di Korea Selatan dan seluruh dunia sekarang ialah Star King bergandingan bersama Lee Teuk (Super Junior).

Yoo Jae-Seok (Hangul: 유재석; atau Yu Jae-suk, dilahirkan pada 14 Ogos 1972), adalah seorang pelawak Korea Selatan dan dia salah satu penyumbang terbesar terkenalnya industri variety show (rancangan aneka ragam) korea melalui Runningman yang sangat popular di seluruh dunia sekarang. Salah satu variety show beliau yang terkenal ialah 'Family Outing' (sebelum Runningman). Beliau digelar "MC negara" (국민 MC), yang telah diundi oleh Korea Selatan "netizens" mengisytiharkan dia pelawak paling popular Korea untuk lima tahun berturut-turut (2004-2008). Beliau telah menganjurkan beberapa rancangan televisyen variety show di Korea Selatan. Yoo Jae Suk di dalam Runningman digelar "belalang", kerana penampilan berpakaian seperti belalang dan juga raut wajahnya. Beliau telah membuktikan bahawa dirinya ialah salah satu pelawak terkemuka Korea dan personaliti TV.


:: Boom (kiri), Lee Teuk super junior (tengah)

:: Yu Jae Suk

:: Jae Suk dalam Runningman...memang takde rupa kan...hehehehe

:: Boom

Hmm daripada sini pun kita boleh tau sape yang lagi hot kan….memang Boom tu cuma terkenal kat Korea setakat ni..selain Korea Selatan pun ada yang kenal dia tapi populariti dia tak cam Yoo Jae Suk yg dah tahap hallyu (artis korea yg terkenal kat luar negara)…yang tu aku xterkejut lah…yang wat aku terkejut Jae Suk ni takde paras rupa kalau nak dibandingkan dengan Boom…jadi memang terbukti lah yang paras rupa tu tak penting untuk jadi terkenal…. :)

Mak kata Jae Suk hensem…hehehe…takpelah pendapat orang lain2…tapi aku lebih memilih lelaki yang kelakar daripada hensem…watpe hensem2 kontrol macho aje jalan geli aku….baik pilih orang yang bleh hepikan hidup aku kan…tak ada pape nilai pada rupa…nati dah tua sama je kerepot cam orang yang xhensem…bukan kekal pun…hehehe…ni pendapat sendiri…

Tapi aku rasa teori aku ni boleh pakai lah…lelaki kelakar lebih jadi pilihan perempuan,,,sebab dalam undian peminat Runningman, dorang undi Jae Suk the grasshopper yang paling hensem…hahaha… memang lah peminat runningman ada lelaki ngan perempuan…tapi kalau kita pikir logik lelaki mestilah undi Kim Jong Kook the Hulk yang paling hensem kan sebab memang Jong Kook 2 lah yang paling ada rupa kat Runningman…takkan lelaki nak undi Jae Suk plak…tak tau lah ni apa yang aku rasa je….


:: pic paling market Kim Jong Kook kat google...walaupun Runningman 2 game aje tapi terlebih emo plak...tak bape suka Jong Kook ni sebab perangai dia yang tak bape nak suka dalam Runningman...so walaupun body dia cam Hulk tapi lebih prefer Jae Suk daripada dia...perangai Jae Suk tak lah menyakitkan hati sangat...hehehe


:: wedding Jae Suk...malas nak google sape nama wife dia...perlu ke...?hehehe

:: dorang lagi...

:: dan lagi...

Jae Suk ni kelakar semulajadi…tengok rupa dia pun orang boleh tergelak…mana taknya boleh pulak masa wedding dia terkinja2 camtu….hehehehehe

Kalau lah Jae Suk ni memang bukan pilihan perempuan kenapa wife dia cun giler…??memanglah xcun cam Yoona SNSD uhh tapi lebih cun daripada muke korang ngan aku kan….hahahahha

Sampai aku ni sendiri penah terpikir agaknye camne lah Jae Suk ni kat umah kan…mesti wife dia sentiasa awet muda je sebab banyak gelak….hehehehe


:: Boom (kanan atas, bawah)...tetibe ade Gary (tingkat 2 kiri) plak...hahahaha



:: Jae Suk tumblr

:: Jae Suk belalang Runningman episod bape tah...malas nak cek kat hardisk...hehehe

:: aku rase salah satu pnyumbang terbesar Gangnam Style yang jadi fenomena dunia sekarang sebab ada Jae Suk kat mv PSY... agi-agi dia wat menari belalang...hahahahaha


:: comelnya kalau belalang camni...hahahaha

:: bo-- siot dia nih...bikin aku geli jek...gila ayu hahahaha

:: Jae Suk lagi...




:: Won Bin klon...

:: Won Bin original..hehehehe


Jae Suk bajet hensem cam Won Bin kat citer Secret Garden…parody Secret Garden dalam Runningman…eei ketawa bleh tahap tetanggal braces aku tengok muka dia…dah dia pelawak memang haruslah kita ketawa ngan penampilan dia kan…hehehehe

Nak ingatkan kat sini penah tak dengar orang2 tua kata suka2 lama2 jadi duka…memang betul apa yang dorang cakap tu…nak kongsi sama2 lah ilmu yang baru aku tau ni…yelah masih banyak yang aku jahil bab2 agama ni…Masya-Allah…


BAHAYA JIKA SENTIASA BERGELAK KETAWA

Artikel Dari: Portal Komuniti :: Ukhwah.com
http://www.ukhwah.com/

Tarikh: Selasa, 07 Oktober 2003 @ 20:14:52 

Topik: Tazkirah
________________________________________

Gelak ketawa dilarang Islam. Menurut pandangan Islam, bergelak ketawa adalah tidak baik dan makruh hukumnya. Ibnu Mas'ud meriwayatkan dari Auf bin Abdullah bahawa biasanya rasulullah s.a.w. tidak tertawa melainkan senyum simpul dan tidak suka meleret, iaitu tidak menoleh, kecuali dengan semua wajahnya. Hadis itu menunjukkan bahawa senyum itu sunat dan tertawa berbahak-bahak adalah makruh.

Maka itu seseorang yang sihat akal dilarang bergelak ketawa kerana mereka yang banyak bergelak ketawa di dunia akan banyak menangis di akhirat. orang yang banyak menangis di dunia, mereka akan banyak tertawa di syurga. 

Menurut Yahya bin Muaadz ar-Razi, ada 4 perkara yang menghilangkan tertawa seseorang mukmin:

1) Kerana memikirkan akhirat
2) Kesibukan mencari keperluan hidup
3) Risau memikirkan dosa
4) Apabila tibanya musibah dan bala

Jika seseorang sibuk memikirkan perkara itu,maka dia tidak akan banyak tertawa kerana banyak tertawa bukan sifat seorang mukmin. seperti yang diriwayatkan oleh ibn Abbas .a. "sesiapa yang tertawa ketika membuat dosa, maka dia akan menangis ketika akan masuk neraka". 

Dalam satu riwayat yang lain, dikemukakan bahawa Imam Abu Hanifah pernah tertawa satu kali apabila dia menang berdebat dengan Amr bin Abaid al-Qadari (seorang bermazhab Qadariah yang tidak percaya kepada takdir Allah). selepas tertawa, Imam Abu Hanifah sangat menyesal lalu berkata: "Engkau berbicara tentang ilmu. Aku tertawa, maka aku tidak akan berkata-kata kepadamu untuk selama-lamanya, maka aku sangat menyesal, sebab andainya aku tidak tertawa nescaya aku dapat menundukkannya dengan kefahamanku, sehingga menjadi kebaikan bagi ilmu".

Menurut Islam, sesiapa yang meninggalkan bergelak tertawa akan mendapat darjat yang tinggi di sis]i Allah. Sabda rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Dan siapa yang meninggalkan senda-gurau diberi wibawa dan keindahan, dan siapa yang meninggalkan tertawa, maka ia berwibawa dan hebat, dan siapa yang tidak menginginkan kekayaan orang maka ia akan dicintai".(Hadis Sahih)

Islam juga melarang seseorang melakukan sesuatu atau berkata sesuatu untuk mentertawakan orang lain atau menyebabkan orang lain tertawa. Contohnya ialah seperti berlawak jenaka di mana seseorang akan berlagak dan mengeluarkan kalimah yang menyebabkan orang lain tertawa.

Menurut riwayat dari Ibrahim Annakhari, beliau berkata: "Adakalanya seseorang mengeluarkan satu kalimah untuk mentertawakan orang di sekitarnya, maka Allah S.W.T. murka padanya lalu murka Allah itu merata kepada orang-orang disekitarnya, yang tertawa bersamanya. Jika seseorang yang berkata kalimah yang direda oleh Allah, maka ia mendapat rahmat dan rahmat Allah itu diperolehi juga oleh orang di sekitarnya."

Seseorang yang suka berlawak, berjenaka atau berolok-olok supaya orang lain tertawa, balasannya diakhirat ialah dimasukkan ke neraka "Wail". Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Neraka wail itu buat orang yang bercakap-cakap dengan berdusta dan berolok-olok supaya menimbulkan tertawa pada orang ramai, dan neraka wail itu untuk dia." (Hadis dikeluarkan oleh Imam yang tiga: Riwayat Bahaz bin Hakim).

Dalam hadis itu Rasulullah s.a.w. mengulang kalimah "neraka wail itu untuk dia" sebanyak dua kali, membuktikan tegas dan kuatnya amaran terhadap orang yang suka bergelak ketawa dan berjenaka. Islam memberi peringatan bahawa semakin kuat nilai dan tertawa seseorang itu, semakin hampir iblis dan syaitan sambil tertawa terbahak-bahak menari-nari untuk melalikan dia.

Maka itu, kita perlu awas daripada bergelak tertawa kerana perbuatan itu mengandungi lapan bahaya:

1) Dicela oleh ulama dan orang yang sopan serta sempurna akal.
2) Memberanikan orang bodoh kepada kita.
3) Jika bodoh akan bertambah kebodohannya, jika alim akan berkurangan ilmunya kerana seorang alim yang tertawa bererti telah memuntahkan ilmunya.
4) Melupakan dosa-dosa lalu.
5) Melupakan mati dan akhirat.
6) Berani berbuat dosa kerana apabila tertawa nescaya akan membekukan hati.
7) Menanggung dosa orang yang tertawa kerana tertawakan kita.
8) Akan banyak menangis di akhirat.

Artikel ini datangnya dari: Portal Komuniti :: Ukhwah.com
http://www.ukhwah.com/
URL untuk Artikel ini:
http://www.ukhwah.com/article.php?sid=606

Memang betul kalau ikut teori barat ketawa tu sihat…tapi abah kata kalau ketawa tu boleh tapi berpada-pada…emm sebenarnya boleh je ketawa terbahak2 cuma makruh je bukan haram, jadi tak berdosa…tapi kalau kita gelakkan orang memang berdosa…sumpah aku baru tau siot…dah bape banyak orang yang aku dah gelakkan sepanjang 20 tahun idop ni…

Astaghfirullahal’azim….!

Kena bagitau rumet ni…dia uhh kalau pasal wat lawak memang nombor 1…!tapi bukan salah dia jugak kalau owang tengok muka dia jek pun bleh tergelak…

p/s :: (untuk rumet ku)…bukan tergelak jek ni sampai si ricott yang nombor 1 pedajal owang pong leh takot ngan mu….hahahaha

memang betul banyak senyum, ketawa, muka ceria boleh awet muda…cer tengok si aznil yang umur dah dekat 50 nampak macam masih awal 40-an aje…

si Jae Suk uhh pun bila tengok lama2 memang ada tarikan…mungkin sebab dia tu kelakar jadi tu lah tarikan termahal dia…

ari tu tengok 1 episod star king tema ‘Raja Badan’…episod ni pasal badan ketul2 lah…yang transform kurus ke gemuk, gemuk ke kurus…termasuk MC skali Boom  ngan Lee Teuk…Lee Teuk xpayah citer lah kan camne biaselah orang muda…yang si Boom ni pun nak jugak bukak baju konon…aku dah tahan gelak aje…jap gi dia bukak pehh xdelah dasat sangat…tapi adelah jugak muscle kat bahu dia…six pads baru jek nak naik hahahaha…



:: takyah citer Lee Teuk kat sini memang tak pelik tengok body orang muda camtu...cer tengok Boom, memang tak sangka body dia uhh camtu....hehehehe



tapi memang betul luar jangkaan lah…ingatkan dia uhh pandai bahan and gelakkan owang jek…hehehehe

walaupun tak bape minat ngan sesetangah boy band and boy group Korea ni tapi bersyukur sangat lah sebab dunia hiburan sekarang dah tak kena dominasi ngan barat…

tengok ngan dengar lagu2 barat2 ni masya-Allah sebuk no nak tunjukkan buah dada sape paling besar…heii ingat dia jek ke de buah dada…??semua dada perempuan ada buah tau….

And dah terbukti pun lelaki ni tak puja perempuan buah dada besar jek…sekarang girl group kat Korea pun jadi kegilaan lelaki seluruh dunia ngan tunjuk kaki ngan menari seksi jek…

Memanglah ade kadang2 dorang tunjuk dada…tapi sekurang2nya dada original…bukan suntik…!


:: nasib baik sekarang k-pop yang top...

:: dan lagi...


Aku emang tak suka mana2 penyanyi barat pompuan…kalau lelaki ada lah jugak walaupun sikit…bukan apa sakit mata nih tengok dok tersembul2…bogel je kan senang tak payah nak wat videoklip kalau pakai coli ngan spender jek…dah alang2 tersembul bijik mata lelaki tengok, bia terjojol terus…apa bezanya sangat tersembul ngan terjojol kan…

:: emm tapi malam tadi tengok Runningman terbaru sama jek gelak walaupun dah tahu hukumnya apa...hehehehe...tolong jangan ikut perangai camni ek...huhuhuhuhu


:: agak-agak xpuas tengok Jae Suk google lah sendiri...hehehehe

p/s :: untk peminat2 Yoo Jae Suk (termasuk aku)…ni URL tumblr Jae Suk yang kelakar…hehehehe

happy watching….!

http://www.tumblr.com/tagged/yooruce%20willis?before=1344927758


:: teahgemm.blogspot.com

No comments:

Post a Comment