teahgemm.blogspot.com

if you are not enjoy with what you have, how can you be happy with more....??

Tuesday, July 10, 2012

Surat rasmi poligami

Suami bin Lelaki
17, Jalan Angkasa ,
24300, Kemaman
Terengganu

Isteri binti Perempuan
17, Jalan Angkasa ,
24300, Kemaman
Terengganu

6 April 2012

Puan,

PERKARA : PERMOHONAN UNTUK BERPOLIGAMI

Perkara di atas adalah di rujuk.

2. Sebab utama permohonan ini di lakukan adalah kerana saya ingin melengkapkan kuota yang telah di peruntukkan bagi saya . Buat masa ini kuota yang telah di isi cuma satu , memandangkan masih ada 3 kekosongan , eloklah jika dapat dipenuhi secepat mung kin . Pihak yang akan mengisi satu kekosongan ini buat masa ini ialah Cik Hana Fazura binti Ramli yang merupakan setiausaha saya di pejabat . Memandangkan komitmen yang beliau tunjukkan di pejabat amat baik , eloklah jika kita masukkan dia bersama kita di dalam organisasi keluarga kita . Kekosongan yang selebihnya akan diisi di masa akan datang.

3. Untuk makluman pihak puan , yang sebenarnya masalah ini telah lama saya fikirkan tetapi memandangkan poket saya yang selalu nipis , terpaksalah saya tangguhkan dulu permohonan ini di samping kurangnye rasa keyakin an untuk mengemukakan permohonan ini . Kini, setelah saya dapat mengeluarkan kesemua duit pelaburan ASB saya , saya merasakan kembalinya semangat saya yang telah hilang selama ini.

4. Permohonan ini amat setimpal kerana dengan kedudukan sekarang ia menguntungkan kedua belah pihak dan juga pihak ketiga . Selama ini hidup kita bahagia sebab jika tidak , manakan mung kin puan dapat menjadi seperti sekarang . Semua yang puan miliki sudah bertambah besar. Kereta besar , rumah besar , rantai besar dan pakaian besar . Jika dulu potongan puan seperti gitar, kini sudah bertukar menjadi drum. Oleh itu, sudilah kiranya dapat kita kongsi bersama insan lain kebahagiaan kita ini.

5. Pihak puan juga dapat menikmati faedah dari kelulusan permohonan ini kerana puan akan tetap menikmati apa yang telah puan miliki sekarang dengan waktu bekerja lebih singkat dan sistem syif akan di perkenalkan iaitu 1 hari kerja dan 1 hari cuti rehat . Waktu bekerja yang selebihnya akan ditampung oleh pihak ketiga. Kebaikan yang puan akan nikmati ialah waktu rehat yang bebas kerana dalam waktu puan bercuti, saya selaku Penyelia tidak akan memantau aktiviti yang puan lakukan . Pada waktu itu saya cuma akan fokus kepada hasil kerja pihak ketiga . Menguntungkan bukan?

6. Segala kerjasama dari pihak puan saya dahulukan dengan ribuan terima kasih. Saya amat berharap pihak puan dapat meluluskan permohonan saya ini kerana adalah lebih baik jika kita dapat berkongsi kebahagiaan kita ini bersama insan lain. Saya harap permohonan saya ini di balas dengan senyuman penuh keikhlasan dari pihak puan dan tandatangan puan di atas kertas yang saya lampirkan bukannya balingan periuk nasi , pinggan-mangkuk , ketukan senduk dan perkara-perkara yang menyukarkan pihak puan untuk melakukannya.

7. Saya harap puan sudi meluluskan permohonan ini . Hadirkanlah senyumanmu sebagaimana ketika kita menyambut orang baru iaitu bayi kita kedalam keluarga kita 10 tahun lepas ….. Situasinya lebih kurang sama dengan masa kini . Kita akan menerima orang baru juga cuma bezanya ialah jika 10 tahun yang lepas kita perlu menjaga dan membelainya dengan manja bersama tetapi kali ini, setiap urusan penjagaan dan belaian manja akan di laksanakan oleh saya sepenuhnya.

8. Akhir kata , saya harap permohonan saya ini dapat dibalas secepat mungkin. Semoga kita bersama-bersama dengan pihak ketiga akan dapat melaksanakan program ini dengan jayanya.

Sekian , Terima Kasih.

“BERKORBAN DAN BERKONGSI KEBAHAGIAAN LAMBANG RUMAHTANGGA BAHAGIA”

Yang Ikhlas Memohon ,

Suami bin Lelaki

dipetik dari :

busuk.org

hujan cinta

assalamualaikum dan selamat sejahtera (kalau ada viewer non muslim)...

baca tajuk memang agak geli juga lah...hujan cinta or dalam bahasa inggerisnya love rain...pada yang demam drama korea memang tau lah love rain ni...update sikit ek...Love Rain ni heronya Jang Geun Suk, heroinnya Yoona (SNSD/Girl's Generation) yang memang membuat lutut lelaki (muda,tua,bujang,suami orang) menggigil-gigil...yalah orang cantik kan...ala apa yang nak dirisaukan, dia orang yang minat Yoona, Yoona tak kenal dia orang pun...kalau kenal pun belum tentu nak toleh kali ke dua...hahaha...biasalah lelaki ni mata dia tak boleh melekat kat sorang je...kepada kaum perempuan suka atau tak terpaksalah terima hakikat ni (termasuk aku)...tapi aku pun mata tak berapa nak disiplin juga sebenarnya...hehehe...lelaki boleh buat perempuan pun boleh juga kan...huhuhu...cuma majoriti perempuan kalau dah ada pakwe, memang takkan pandang lelaki lain punyalah...kalau boleh depan mata dia biar nampak pakwe dia seorang je...ea agak-agak perempuan tu tak bosan ke asyik-asyik nampak muka pakwe je...aku perempuan aku tau lah,kalau tak takkan aku berani cakap macam tu kan...kalau dah jadi suami tu takpelah,eh bukan takpe, memang wajib pandang suami je...bukan pandang je dalam kepala pun kena ada muka suami je...lelaki pun tak terkecuali jugak...lepas kahwin kena ada muka bini je dalam kepala...berdosa mengingati orang lain selain suami atau isteri okey...

okey-okey sebelum cakap pasal 'hujan cinta' ni aku nak beritahu lah kalau ada yang perasan dalam entri kali ni aku guna bahasa yang agak lengkap sikit...memang ada potong sikit-sikit/campur bahasa dalam ni, budak baru belajar bukan senang nak sesuaikan diri...asalkan orang faham apa aku nak sampaikan kira okeylah tu...bukan apa,ni dalam usaha aku nak memartabatkan bahasa melayu...baru namanya melayu sejati...hehehe...

amboi entri kali ni agak skema sikit lah gayanya...cinta...?nak muntah pun ada kan...zaman sekarang ni sangat rendah peratusnya orang ada cinta sejati...sebenarnya sampai sekarang aku tak tau apa makna cinta sejati tu...cinta sejati tu yang indah-indah je ke...ataupun orang yang jadi suami/isteri tu ke cinta sejati...aku pun tak tau...inikan pula hujan cinta...?hujan maknanya titisan air yang turun mencurah-curah daripada awan...cinta pulak satu perasaan yang wujud kat kaum berlawanan jenis (kalau jadi kat kaum sejenis tu cinta jugak namanya...cinta syaitan tu namanya)...jadi kalau kita gabungkan dua perkataan ni hujan cinta tu maknanya air yang mencurah-curah turun daripada perasaan manusia yang bercinta...yeke...?macam lain macam je maksudnya...hehehe...bukan salah aku,aku cuma cantumkan maksudnya je...siapa yang tersalah faham tu bukan salah penulis blog...huhuhu

kalau aku definisikan makna hujan cinta daripada drama Love Rain, hero dan heroinnya jatuh cinta masa hujan...ni baru logik hujan cinta...mungkinlah...lebih tepat lagi manusia akan rasa macam tu kat cinta pertama...tapi kalau ikut interpretasi aku, hujan cinta dalam konteks aku bermaksud perasaan cinta yang mencurah-curah pada seseorang...ataupun banyak cinta yang datang dalam satu masa,sampai tak tertangkap nak cinta yang mana...hehehe...kasanova lah tu kot...huhuhu

motif utama aku buat tajuk entri macam tu sebab tiba-tiba rasa nak berhujah pasal cinta (yang memualkan tekak)...daripada pengalaman aku lah, aku dah merasa hujan cinta ni...yang paling buat aku terkejut hujan cinta aku tu bukan kat cinta pertama...tapi cinta kedua...!mungkin sebab cinta kedua aku yang berjaya buat aku rasa suka, rindu, bahagia, sedih, kecewa, marah kot...semua aku dah rasa...perasaan-perasaan ni lah yang buat aku rasa ni lah hujan cinta...hujan tak semestinya bahagia kan...bukan semua orang suka hujan...sebab hujan tu ada renyai-renyai, lebat, ribut, petir, kilat...ada ke orang suka ribut...?tak ada rasanya...sebab ribut cuma akan bagi kemusnahan kat manusia...cinta kedua aku pernah je bagi ribut kat aku...

setiap orang ada pengalaman masing-masing pasal cinta dalam hidup...daripada pengalaman aku, cinta pertama aku lebih kepada mengajar aku mengenal kaum Adam...macam mana cara berkomunikasi dengan lelaki dan kenal watak lelaki lebih mendalam...hasilnya aku kenal 50% watak lelaki...cinta kedua aku pula yang buat aku dapat kenal watak lelaki 100%...!satu hasil yang dapat aku gabungkan daripada pengalaman cinta pertama dan kedua, aku nak ingatkan kat pembaca-pembaca kaum Hawa, first impression kita pada lelaki tu memang tak tepat...contohnya lelaki yang pendiam belum tentu setia (majoriti perempuan anggap lelaki yang pendiam tu setia), lelaki yang mesra/nampak macam player tu kasanova (majoriti perempuan anggap lelaki yang mesra alam tu tak setia)...sangat no-no...!teori ni boleh buang dalam longkang je layaknya okey...!maknanya aku ambil masa selama 7 tahun (campur dengan ex) untuk kenal watak lelaki dan keluar dengan satu kesimpulan...satu je...??kan aku dah kata memang sangat-sangat susah nak kenal lelaki sepenuhnya...

 lelaki ni memang sangat susah kita nak agak tahap kesetiaan dia...yang pasti tempoh kita kenal lelaki selama tiga bulan ke bawah memang dia orang takkan ada komitmen kat pasangan dia...maknanya dia akan mencari perempuan lain untuk jadi awex (yang kedua)...kadang-kadang walaupun perkenalan dah menjangkau setahun pun belum tentu lelaki tu takkan mencari lain...bahasa paling tepatnya usha awex lain...ya aku tau ada lelaki yang setia daripada awal perkenalan...tapi aku sangat pasti dia orang mesti ada mesej awex lain (dengan niat konon-konon berkawan)...cuba kalau perempuan yang buat, terus cop curang...!itu lah hakikatnya kaum lelaki ni...

aku percaya orang perempuan kat luar sana tu mesti takut kan nak ada komitmen dengan lelaki...macam tu pun tak boleh juga...habis takkan lah nak jadi forever alone kan...siapa pulak nanti nak jadi waris harta, tak macam sia-sia pula pecah otak belajar...lagipun berdosa tu tak penuhi tuntutan batin...hahaha...okey-okey berbalik kat cerita tadi...ayat yang buat aku kuat dan aku pegang sampai sekarang : pengalaman mengajar erti hidup...ayat ni aku pegang setiap kali aku kena hujan lebat/petir/kilat/ribut...dalam hidup ni tak ada orang yang tak pernah kena taik dengan orang...maaflah ayat agak kasar sikit, aku cuma nak tekankan betapa teruknya tahap ribut aku pernah rasa...memang dah runtuh tahap jadi abu hati masa tu...masa tu memang aku rasa dah the end of the world...rasa macam tak ada makna dah hidup aku lepas ni...aku rasa aku lah manusia paling malang dalam dunia...aku rasa setahun jugak aku ambil masa nak tanam ayat tu dalam jiwa aku...buat aku rasa nak ingatan aku hilang...astaghfirullahala'zim...!ribut tu juga bertimpa-timpa dengan petir dan guruh lepas tu...memang pengalaman cinta kedua aku ni bagi aku betul-betul pengalaman hidup...!gila dahsyat...hahaha

tapi aku berterima kasih juga lah kat ribut puting beliung tu sebab ribut tu juga lah yang buat hubungan aku dengan dia jadi lebih kukuh...walaupun ambil masa bertahun aku nak kutip balik abu-abu tu jadi bentuk hati balik...huhuhu...jadi moralnya, jangan takut menempuh kesakitan dalam bercinta...sebab mesti ada hikmah sebaliknya...kalau nak lagi adil, balas balik apa yang dia buat tu...baru dia rasa macam mana rasa sedapnya sakit kena ribut...huhuhu

dah cukup lah bagi aku dah rasa semua pengalaman tu...tempoh 5 tahun aku dengan dia betul-betul mematangkan hidup aku...dia buat aku tak sanggup nak mulakan perkenalan (serius) dengan lelaki lain...kenal serius dengan lelaki lain ada kemungkinan aku kena rasa ribut lagi kan...very big no...!sampaikan dah terbit kat hati aku kalau hubungan aku dengan dia putus, aku akan ambil masa (yang sangat lama) untuk kenal serius dengan lelaki lain...sekali dah kena ribut dengan lelaki, serik tu...mungkin sebab aku ni perempuan yang jenis tak tau/tak reti bercakap lebih-lebih dengan lelaki kot...sampai sekarang pun, selain dengan dia bila aku berbual dengan kawan-kawan lelaki, aku tak ada topik nak berbual panjang...jadi dalam 30 saat berbual aku dah jadi silent mode...sebab tu jugak kawan-kawan aku boleh dikira guna jari je...walaupun dah campur daripada zaman sekolah...aku ni tak famous pun kat sekolah...sampai berjangkit kat zaman universiti...siapa je yang kenal Teah Gemm...?belum tentu semua budak TESL kenal bila sebut Teah Gemm...huhuhu

yang paling penting cinta manusia tak akan kekal...cinta Allah yang kekal abadi...

jadi masing-masing mesti dah mula fikir bila mula hujan cinta masing-masing kan...terpulang kat masing-masing nak interpretasikan makna hujan cinta tu apa...ni interpretasi aku sendiri...kita kena ingat kalau cinta tu cuma bahagia je tak best lah...kena ada warna-warni barulah hubungan tu jadi makin rapat...daripada pengalaman aku, satu sifat positif lelaki ni, bila dia orang dah jatuh cinta, rasa cinta tu tetap akan kekal kat hati dia orang sampai mati...walaupun dah ada pengganti baru/isteri...tapi cinta kat isteri lain beb...faham-fahamlah jelah bila dah tak ada batas dalam hubungan, cinta tu jadi makin dalam gitu...aku dah atas 18 dah boleh cakap bab-bab macam ni okey...hehehe...dalam bab ni aku bernasib baik kot sebab aku cinta pertama dia... :p

...It's hard to forget someone who gave you so much to remember...