teahgemm.blogspot.com

if you are not enjoy with what you have, how can you be happy with more....??

Friday, February 18, 2011

Takdir antara Air dan Api



air berkata pada api
"kerana cinta..
aku membunuh mu"

apakah maksudnya?
adakah kerana
si air tidak lagi tahan
atau tidak lagi mampu
untuk menerima bahangnya api?

walaupun selama ini
si air sentiasa sabar mengikut tingkah nya si api?

apabila api mendekati air dengan bahangnya
maka air menjadi pengawal suhu di sekelilingnya
penyelamat keadaan tika api tidak mengawal dirinya.

bagaimana pula apabila api bernyala kecil
tapi nyalaan kecil berwarna biru itu yang paling bahaya
kerana tiap kali didekati
akan melecur diri akan berubah kondisi ?
dan yang paling terkena semestinya si
air yang setia disisi si api ?

mungkin kerana itu
si api lupa.
bahawa air lebih kuat darinya
mungkin bukan dari rupa bentuk fizikalnya
tetapi kemampuan kekuatan dirinya
ketahanan dan kepimpinan
melebihi si api
walau air dikenal dengan lemah lambutnya
kepentingannya dan keistimewaannya
namun tetap berkuasa.

Dan kerana si air ingin menjadi pelindung
Yang sentiase menjaga si api dalam ape jua keadaan..
 Si air akan tetap sabar dan sentiase meredakan bahang si api
Ketika sedang membara..
Munkin itulah cinta dan kasih di antara
Si air dan si api…
Yang tidak mungkin akan terpisah atau dipisahkan.....      



No comments:

Post a Comment