teahgemm.blogspot.com

if you are not enjoy with what you have, how can you be happy with more....??

Tuesday, March 13, 2012

seronok gilaa jadi cikgu...!

Pengalaman terbaekk….!!

Tamat sudah tempoh aku berPBS (pengalaman berasaskan sekolah) kat SK Peserian, sekolah terchenta aku…!

5/3/2012-9/12/2012...


aku memang takkan lupakan 5 tarikh ni sebab hari2 tu adalah hari2 pertama aku bergelar CIKGU…! Rasa nya bila budak2 sekolah panggil cikgu memang tak dapat aku ceritakan pakai mulut nih… ayat pertama yang keluar daripada hati aku :

Betul ke apa yang aku dengar ni…?? Aku cikgu…??

Huhh rasa bangga nya tak terkira beb… rasa terbayang2 lagi aku yang duduk kat sit dorang tengah duduk tu dengan menghadap penuh minat lesson cikgu Anuar kat depan kelas… cikgu Anuar memang cikgu favourite@terbaekk@sporting yang aku pernah ada selama aku sekolah… and cikgu Anuar jugaklah salah satu sebab aku pilih SK Peserian jd tempat aku ber PBS… jasa cikgu Anuar mendidik aku selama 3tahun aku kat situ memang aku takkan lupakan sampai bila2… dia idola and pembakar semangat aku untuk jadi cikgu terbaikk… and cikgu Anuar lah salah satu sebab kenapa aku pilih profesion cikgu sebagai kerjaya aku…

5/3/2012 – Isnin

Aku attend kelas cikgu Anuar kat tahun 3… 


:: masih terbayang2 aku yang kat depan tu sebab dulu masa dia ajar memang muka aku lah yang selalu advance ke depan kelas menyibuk nak tengok apa Alat Bantu Mengajar yang dia bawak sebab aku suka cara dia mengajar… cikgu masih macam dulu…


:: cer tengok muka student pompuan yang tengah gelak 2… macam tu lah effective nya cara cikgu Anuar ni mengajar… dia mampu attract budak2 gi depan kelas… tengok ABM dia memang kreatif habis…



:: ni lah ABM dia dari jarak dekat… masa ni memang berdekah giloo budak2 ni… hahaha

Haa pictures pasni memang terbaikk sebab kelas prasekolah… ya Allah macam xpernah Nampak kamera… sampaikan cikgu dorang kata haa budak2 ni memang ambek gambar 100 kali pun boleh… hai macam2… 

 
:: budak2 4 hingga 6 tahun… sangat ceria sebab takde pape masalah dalam kepala… hari2 pun happy cam astro ceria… hehehe

6/3/2012 – Selasa

Arini aku takde buat apa kerja sangat…cuma tengok kawan2 PBS dari maktab lain buat kerja diorang… piaget’s teori… kerja diorang kompleks gilaa… aku and wawa punya kerja sempoi je… huhuhu… masa free kitorang hari tu cuma tolong diorang wat piaget’s teori lah…and relief kelas ujian…pertama kali nihh… hehehe


:: cer tengok c wawa uhh… konon budak2 tahun 1 lah konon kena uji teori piaget segala… layan jelah budak sewel 2 orang 2, ni lah jadinya… hahaha

 
:: bagi borang penilaian kat guru besar…control gila beb duduk…! Hahaha… (ea c firdaussi nih ambek gambo blur plak, xikhlas ke tolong…?)

7/3/2012 – Rabu
1st time kena relief kelas jaga budak2 ujian Ujian Penilaian Prestasi Murid… dedor gila rasa…yolah…buatnye diorang buat perangai bising masa ujian tak ke nye haru aku…huhuhu

Tapi alhamdulilah berkat berlakon muka garang and ugut ambik nama kalau meniru terus diam menikus budak2 2…hahaha…padahal nak tergelak aku kalau dorang tau aku nih tak delah sekejam tuh kan….hehehe


:: senyap kan budak2 nih pas kena ugut ngan Cikgu Fatiha… (cikgu lah sangat…huhuhu)

8/3/2012  - Khamis
Hari ni hari kedua terakhir aku kat SK Peserian…sedihnya huhuhu…bez gila kott kat sini…budak2nya semua behave gila…boleh terima teguran…hormat cikgu2…alhamdulilah memang kat sini semua pengalaman manis aku dapat…seronok kot dapat jumpa gelak2 bertepuk2 tampar dengan cikgu2 aku…hahaha

Perasan tak girl pakai baju pink sebelah kanan yang tudung ke depan 2…comel sangat kan…aku memang suka gila tengok muka dia…jap lagi masa aku perkenalkan diri budak2 semua ketawa…aku bengang lah apa buruk sangat ke nama aku…ke pelik ke…tapi nama aku bukan Potimah ke Tuminah ke…rupanya dorang gelak sebab ada budak dalam kelas 2 nama fateha daa…tapi aku fatiha…sebutan je sama…ejaan lain…hehehe

Girl comel 2 lah fateha…patut lah comel fateha rupanya…hahaha…bila aku tengok muka dia macam jelmaan aku time sekolah rendah daa…part tudung terlebih ke depan 2…semua orang tegur suruh ke belakang kan sikit xnampak mata…tapi aku buat keras aje…bia lah dah aku selesa macam ni yang sibuk2 nak tengok mata aku apa ke hal…yang penting aku nampak muka orang kan…hehehe

Sampai abis sekolah jugak lah aku pakai tudung ke depan camtu…bila dah sambung belajar baru pakai tudung ke belakang sikit…hehehe

Haa habis je kelas lepas budak2 dah balik aku pun keluar lah kelas xsabar nih nak balik pukul 12…!sebab budak2 test balik awal…hehehe…selangkah je aku keluar kelas nampak c wawa, firdaus, and hizami…aik setahu aku c hizami ni park kereta kat belakang sekolah ni kenapa pulak ke depan sekolah…kejap lagi wawa kata :

 Ea ko lupa ek kita ada meeting…habis yang ko sain tadi kena attend meeting tuh ape ke benda pulak…

Adusss lupa larr…aku ingat meeting entah bila2 ke…hehehe…1st time nih datang meeting sebagai cikgu…hehehe

8/3/2012 – Khamis
 
Hari ni hari yang paling bersejarah dalam hidup aku sebab ini lah tugas pertama aku sebagai guru…ehh bakal guru…hehehe…aku wawa, firdaus and hizami diberi amanah mengumpulkan keratan akhbar Minggu anti-Dadah…minggu PBS 2 kebetulan minggu anti-dadah…so meeting semalam tu pasal pembahagian tugas sempena minggu anti dadah 2 lah…and lepas kumpulkan keratan suratkhabar 2, kitorang kena hias kat papan kenyataan baru yang khas sedia untuk bahagian anti-Dadah…


:: ni sebenornya berlakon aje sebab nak masuk dalam report punya pasal… yang sentapnya c firdaus sengal 2 bleh plak kata haa ko suka sangat berlakon kan, nah pasang double tape ni sekali…siutt….!


:: ni kerja aku and si wawa lah…hehehe…nak tampal smiley ni kat papan kenyataan sebab nak tarik perhatian budak2 baca…yelah dadah2 ni kan semua fakta budak2 bosan lah nak baca…jadi kena buat sesuatu nak tarik perhatian dorang membaca…

 
:: haa ni lah papan kenyataan yang cikgu2 pelatih ni kena hias…


:: acehh c wawa tengah berlakon sebab gambar kena masuk report…! Hahaha

:: haa ni belum siap sepenuhnya…cuma nak tunjuk smiley2 2…comel gila….! : D

:: Siap sudah…ringkas tapi padat dengan informasi2 yang dicari dalam masa 1 hari…! Hahaha

:: ni lah orang kuat yang menjayakan papan kenyataan ni…(ayat bongkak…huhuhu)

:: mentor, cikgu Hasleena yang cantik menarik terbaik and sporting…! Sayang cikgu…! : )


9/3/2012 – Last Day : (

Hari ni last day aku…sedihnya sebab aku sayang sekolah ni…!lagi2 hari ni sekolah sibuk sebab hari ni lah hari sambutan minggu anti-dadah 2…


:: macam biasa, berhimpun sebelum mula PnP… Cuma bezanya hari ni terus ada tazkirah di kantin (setiap jumaat) and pertandingan melukis poster (tahap 2) dan mewarna (tahap 1)…
Aku jadi bidan terjun jadi photographer hari ni…sebab semua kamera cikgu2 tengah ada problem…


:: ketibaan guru dan pelajar untuk mendengar tazkirah…

:: comel nya kucing ni…! Nasib baik dapat snap gambar hari last ni… : )


:: budak2 prasekolah yang photoholic! (sampaikan guru kelas prasekolah kata dorang ni ambek gambar 100 kali pun tak penat)

:: comelnya fateha…!
:: budak2 pun boleh melukis camni…aku belum tentu mampu…buta seni lah katekan...huhuhu

:: tahap 1 boleh mewarna kemas camni…time aku tahap 1 dulu dapat pensil warna dah bingung xtahu nak warna camne…huhuhu
 
Sebelum PBS rasa takut gila nak pergi sekolah…biasa pergi sekolah sebagai murid tapi kali ni sebagai cikgu pelatih…!lain rasanya…

Tapi lepas PBS rasa malas pulak nak balik maktab belajar…sebab school life lagi seronok daripada masa belajar…tu lah orang kata belum rasa belum tahu…!seronok gila jadi cikgu ni…..!! : )


SELAMAT TINGGAL SK PESERIAN……….

Thursday, February 9, 2012

21 sifat perempuan bila dilamun cinta…

1. Sibuk tunggu masa birthday sendiri. Tunggu detik 12.01 minit pagi. Ada sampai tak mesej/call daripada boyfriend. Kalau orang lain yang wish dulu (walaupun lelaki yang disukai tapi bukan dicintai), perempuan akan rasa hampa. Sebab boyfriend bukan orang pertama yang wish dia. MEANS PEREMPUAN SANGAT PENTINGKAN TARIKH OKEY. ESPECIALLY BIRTHDAY.

2. Kat calendar handphone mesti ada reminder birthday boyfriend.

3. Pastikan dia orang pertama yang wish birthday boyfriend.

4. Bila tengah window shopping dan ternampak t-shirt lelaki, jam, even patung or aksesori yang boyfriend selalu pakai mesti teringat boyfriend. Rasa nak bagi je kat boyfriend and bayangkan kalau boyfriend pakai barang yang dibelikan tu mesti sweet kan. TAPI LELAKI (ESPECIALLY MASA BARU AWAL2 COUPLE), INGAT KE KAT NAK BAGI KAT AWEX?

5. Bila perempuan cemburu takkan tunjukkan ekspresi muka terang-terang. Tapi akan cakap dalam mesej ataupun perangai terus berubah on the spot. Contohnya jadi pendiam tiba-tiba.

6. Sentiasa tunggu masa date. Yang peliknya, berhari-hari boleh tunggu, tapi sampai hari nak date, rasa masa tu macam tak bergerak bila tengah tunggu masa nak siap-siap untuk date. Contohnya, ish habis bateri ke jam bilik ni, apesal dari tadi asyik pukul 10 aje?

7. Suka bila family tanya pasal boyfriend. Eh dorang macam restu je aku couple ngan si tut ni. Umpamanya macam tu lah. Hehehe

8. Bila tengah bergaduh, perempuan akan jadi orang yang paling gelabah. Lagi-lagi kalau silap tu berpunca daripada diri sendiri. Tapi nak call mintak maaf malu pulak. Ahh mintak maaf dalam mesej jelah. Hehehe.

9. Nak tidur rasa susah sangat. Berangan boyfriend tidur sebelah baru rasa berat je mata tidur. Hehehe

10. Bila tengok dalam phonebook boyfriend ternampak walaupun 1 nama perempuan, terus cemburu. (walaupun sepupu). Adatlah, cemburu tanda sayang kan. Hehehe

11. Perempuan suka tengok lelaki yang handsome2. Tapi dalam hati cakap, ahh tak nak aku dapat boyfriend handsome sangat, nanti ramai perempuan tengok.

12. Cemburu bila lelaki pandang perempuan cantik masa berjalan sama-sama. Memang lah cantik, tapi lupa ke aku ada kat sebelah ni? Grrr!

13. Bila ada lelaki usha, terus rasa macam boyfriend ada kat 1 tempat tengah tengok dia. Takutnya kalau boyfriend tahu. Terus tak layan lelaki tu. (perempuan yang jenis setia lah)

14. Bila ada lelaki mesej nak berkenalan, terus report kat boyfriend and bagi nombor phone lelaki yang mesej tu. Suruh sound lah tu.

15. Bila tengah bercuti dengan family mesti teringat kat boyfriend. Contohnya, nanti aku nak honeymoon kat sini lah, mesti best kalau dengan dia. Tapi bila pergi tempat lain pun cakap macam tu jugak. Hehehe

16. Sangat suka bila boyfriend pegang tangan masa lintas jalan. Rasa macam dilindungi je. Ahh gediknya! Hehehe

17. Wajib pakai cantik-cantik depan boyfriend. Tapi bila dia puji….. ea takdelah memang dah selalu pakai macam ni lah. Malu konon kena puji padahal suka. Mengada-ngada betul! Hehehe

18. Mesti carik baju baru untuk date akan datang walaupun baju kat almari baru sekali pakai pun ada! Baju lama katanya.

19. Sangat suka bila boyfriend tolong bukakkan pintu and suruh perempuan lalu dulu. Gentleman nya boyfriend aku.

20. Sentiasa perhati and ingat apa yang boyfriend order untuk makan and minum. Aku kena belajar buat ni, nanti nak buatkan untuk dia.

21. Merajuk bila bergaduh. Tapi sentiasa tunggu boyfriend mintak maaf bila pergaduhan tu berpunca daripada boyfriend. Perempuan selalu memaafkan. SO LELAKI JANGAN EGO UNTUK MINTAK MAAF KALAU MEMANG AWAK YANG SALAH.

:: tak semestinya apa yang di listkan ni betul 100%. Tapi semua ni berdasarkan pengalaman sendiri bila bercinta. Tapi yang nombor 4 tak berlaku kat diri sendiri masa awal-awal bercinta okey. Ada dalam list sebab kakak-kakak sendiri macam tu lah bila bercinta. Sebab lelaki takkan ingat kat awex masa window shopping, so buat apa nak sibuk-sibuk ingat nak belikan dia kan. Bila dah bertahun couple baru belikan, sebab shahrul pun selalu memberi. Jadi, selamat membaca and gelak okey! : )

:: post by teah gemm

Wednesday, February 8, 2012

khas untuk DIA YANG ISTIMEWA saje...congrates shahrul anuar...!

Congrates coz score 3.5 ke atas sem lepas…haa and jumaat (10/2) ada orang uhh naik pentas ambik anugerah dekan…untong lahh…!

Eaa abg make sure pakai smart2 and kemas2 tau jumaat ni…naik pentas dengan cara yang paling berlagak sekali tau…hehehe

Tahniah and happy2 selalu sebab semester ni semester akhir abg…selamat melangkah ke alam kerja and jangan lupakan matlamat kita sepanjang abg kerja nanti ehh…

Sekarang memang tengah rasa pressure sangat sebab banyak assignment yang kena dilayan kan…eaa chillax okey…sebab ni lah dunia terakhir abg sebagai seorang student…

Jangan asyik merungut alaa syg banyak lah assignment…malas lah…ketuk kepala  kang baru tau…ayg kena tempuh 7 semesters lagi tau…

Ingat nak upload pictures yang kita baru ambik jumaat lepas…tapi fon ayg pada abg…takpe nanti2 kita upload eh…pictures pakai braces tu… : D


: : and…forgive me for taking your i-Phone…ayg akan pulangkan balik bila abg balik BP nanti eh…promise…!this is yours not mine…regret and guilty never stop haunting me from the first moment I holding the phone…why am i treating u this badly...u're not robot nor my pet...u've your own rights in your life instead of receiving this from me...i've no strength to tell u in malay...because the torturing words you got all this time were in malay...saying sorry to u in malay million times before probably make u felt sick to the ‘maaf’ word...i alter my fault by expressing my sincere apology in other language so that u'll not feel that pain again...i’ll train myself to respect your privacy from now on…sorry for tiring you that Monday…

:: although u keep repeating remind me not to mention this thing, I just couldn’t…hope this is the last, in most manner way…u deserve this…

:: jangan salah sangka tau, ayg taip semua ni dengan perasaan happy tau…tak mo dah sedih2…past is past kan…ye ayg ingat 2…hehehe

:: haa jangan malas2 nak buat assignment tau… hehehe  =D

:: I learn something...
Love is supporting, not controlling… :)
 
 selalu sayang kamu,
teahgemm

Tuesday, February 7, 2012

teka-teki lucah...


Woii rumet yang paling huduh kat dunia…!AZRIYANTI salwa kahbi (bukan slawa okey…geli aku!) hahaha…ko selalu kenakan aku dengan TEKA-TEKI BUSUK ko yang memang busuk (tak logik) kan…hari ni aku pulak ada 1 teka-teki untuk ko…senang jek..tak seBUSUK teka-teki ko uhh…baca and fikir betul2 ekk…tu pun kalau ko jenis manusia yang berfikir lah… HAHAHAHAHA!

Kejap2…ko patut bangga auw sebab aku mention nama ko yang tak best tu kat blog aku yang EMAS ni…coz calang-calang orang je yang boleh/TERbaca blog aku ni…hahahaha

Okey baca betul2 ekk…

Ko tau citer dongeng/kanak-kanak riang (macam ko) kan…snow white and 7 dwarfs…okey…kalau snow white uhh bogel, 7 dwarfs uhh pulak jadi apa…?

 (mesti dah berkecut dahi ko sekarang kan fikir apa jawapannya…memang bertambah buruk lah muka ko tu…HAHAHA…aku kasi klu ekk…klu dia kat tajuk blog ni okey)

Okey rumet (yang aku tak sudi pun jadi rumet aku, hahaha)…Selamat mencuba…!kalo esok ko dah ada jawapan, aku bukak pintu masuk bilik je esok ko bagitau ekk…hahahaha : D

Reply kat blog PUN BOLEHH….!2 makanan dia…!HAHAHAHAHA

: : post by teah gemm

Thursday, January 26, 2012

memang sampai ni . .

Haa hari ini baru aku rasa nak cakap sikit pulak . . (kalau sikit lah) . . huhuhu . . tak de laa cuma tetibe rasa nak bagitau apa yang aku paham kat sesebuah lagu tu . . sekarang ni pun memang macam2 lagu yang ada kat Malaysia ni . . bukan takat part Malaysia jek, indon, k-pop lah haii lahh . . macam2 lagi lah . . lagu yang aku paham arini lagu KRU, Sampai . .
 
Memang dah lama dah pun lagu ni . . takdelah lama sangat . . tapi makan tahun jugak lah . . duluu-dolu kala aku feveret sangat lagu ni . . sebab lirik dia pehh menusuk qolbu seyhh . . korang cekidaud lah sendirik ekk . . 
 

Sayang..
Apa yang ku katakan
Apa yang ku rasakan
Belum pernah dialami
Demimu segala ku kurniakan
Susah ku senangkan
Apa sahaja dipenuhi
Di hati
Dan masih lagi engkau bertanya
Sejauh manakah cinta
Penjelasan ku sebenar-benarnya;
Sampai, tubuh tak bernyawa
Sampai, ku ke pangkuannya
Biar jasad tak dilihat zahir
Cintaku kan tetapkan hadir
Andai dikurnia syurga
kan ku tunggu di luarnya
jika ditanya mengapa?
Jawapan ku menunggu..
Kau SAMPAI dahulu..
Mudahnya sekadar bermadah
Hingga kau meragui
Keikhlasan sanubari
Sedangkan racun pun kan ku telan
Andai kau menyatakan ia madu kepadaku
Oh sungguh..
Dan masih lagi kau bertanya
Sedalam manakah cinta?
Lafaz ikrarku buat selamanya...
Katakan sayang..
bagaimanakah harus ku hidup.. tanpa dirimu
Sedangkan separuhnya di jiwaku,
bersamamu...
Ohh...
Kau sampai padaku..
 
Kann .  betul tak aku kata lirik dia pehh makan dalam seyh . . kaum2 pompuan especially memang lentok gilaa larr kalau balak / bf / pakwe / kekasih gelap oppss / husband , dia nyanyi lagu ni kat  kaum yang bernama Hawa ni kan . . senang no nak ayat ekk pompuan ni . . aku pun kalau shahrul nyanyi lagu ni kat aku , memang cair tahap aiskrim lah aku . . tapi kalau dulu lah dia nyanyi lagu ni cair lah jugak . . sekarang apa rasa pun takde kot kalo dia nyanyi lagu ni . . . sebab . . dia yang nyanyi lagu ni , bukan yusry . . abis sume ke laut . . bila nya nak feel . . hahaha
 
Hmm bila aku dah dengar banayk kali dengar lagu ni , pasai pa yang pompuan suka sangat bila dengar lagu Sampai ni . . ? betul2 sampai mesej yusry kat lagu ni . . hehehe . . pada pendapat aku laa , sebab yusry bawak lagu ni feel gilerr . . cam betul jek sayang gitu sekali kat awex / gf / coming LISA . . ! hehehehe . . so pompuan feel dengar lagu ni sebab yusry bawak memang best . . ! : )
Lirik yang aku paling tak boleh blaa . . . :

Andai dikurnia syurga
kan ku tunggu di luarnya
jika ditanya mengapa?
Jawapan ku menunggu..
Kau SAMPAI dahulu..

: : aduhh . . hyperbole gilerr kan . . kalo betul lah cinta dunia ni sampai pintu syurga , AMIN . . ! yelah , seluruh umat islam tau kat alam akhirat nanti kita tak kenal saudara / mak bapak / isteri / anak . sibuk takut dengan dosa masing2 je . . walaupun dah dapat result masuk syurga , kita tetap tak ingat kat siapa2 lagi , WALLAHUALAM . . jadi bila lirik lagu ni camni , memang nampak sangat lah betapa sayangnya teruna ni kat dara nya . .  wahh . . . ! tapi still ,  kalau pakwe / suami aku nyanyi lagu part ni kat aku , aku ketawakan aje . . dia ingat kat aku kat akhirat nanti . . ? tak adanya lah . . apa pun , ni cuma lagu je , terpulanglah kat penulis lirik nak buat hyperbole camne pun kan . . tapi of course lah semua suami isteri nak jodoh yang sama dunia akhirat . . amin . .
 
Lagu ni pasal lelaki yang sayang sangat kat awex / bini dia . . sampaikan dah tak tau nak cakap camne lagi tahap cintan dia kat awex dia tu . . eaa tak rimas ke awex dia . . ? hehehehe . . gurau je . . lagu ni mengingatkan aku kat 1 lagu ni , Berdua Bersatu . . tak caya ekk . . cer cekidaud sat . .
 
Jika denganmu salah
Ku tak mahu yang benar
Jika denganmu rebah biarlah kutercalar
Walau dilanda badai
Kusanggup kerna ku mampu
Kita berdua bersatu
Jika denganmu kabur
Kutak mahu yang jelas
Jika denganmu hanyut
Biarlah aku lemas
Walau dilanda ribut
Kusanggup kerna kumampu
Kita berdua bersatu
(sampai)
Sedangkan racun pun kan ku telan
Andai kau menyatakan ia madu kepadaku

 : : haa kan . . means kalau dengan awex dia on the dot to death pun takpe . . kelakar lah . . bangga giler pompuan uhh kan . . hehehehe . . tapi pada aku ,  guy camni menakutkan lahh . . sebab kalau awex dia curang , boleh bawak bunuh diri . . sayang separuh mati . . gilerr. . haa nak share sikit , suicide ni tak boleh dibuat main2 sebab nanti kat akhirat berulang2 dia akan buat camne cara dia bunuh diri 2 . . contoh kalau bunuh diri terjun bangunan , kat akhirat nanti dia akan terjun bangunan and naik bengunan and terjun lagi and akan buat camtu sampai bila2 , panjat bangunan , terjun . . nauzubillahiminzalik . . !
Ni pulak lagu brutal gila . . tengok sendiri ekk . . 

 
Di suruh diri aku berdiri
Disuruh duduk aku pun duduk
Setia tunduk pada arah telunjuk
Itu aku
Kerana cinta aku menghamba
Mengejar hasrat hatimu damba
Arahkan saja mengikut kehendakmu
Itu kamu
Hingga

Mata tak terpejam mencari apa yang kau mahu
Tapi mulut ku berdiam tak mahu bergaduh
Baik telinga dengar saja semua perintah ku junjung
Biar hati calar-balar tetap bersabar
Ganasnya cintamu
Ganasnya cintamu
Kau mahu itu aku begitu
Kau mahu ini ku pun begini
Jangan melawan nanti hukumannya bermuncung
Itu aku
Kerana cinta aku menghamba
Mengejar hasrat hatimu damba
Arahkan saja mengikut kehendakmu
Itu kamu
Hingga
Selalu sungguh hatiku mengeluh
Entah kenapa masih setia
Tragis oh tragis bertemankan sadis
Mungkin kerana sayang ku tidak menentang
Gelengan pun dah menjadi angguk
Tragis oh tragis bertemankan sadis

Huyoo brutal gilerr awex dia . . ni tahap pet balak dia . . sayang awex sampai nak cakap tak nak pun jadi nak . . kesian larr . . memang kreatif lah KRU ni buat lirik . . memang pelik and pelbagai . . kita bebas dalam berkarya kan . . makin pelik lirik 2 makin banyak followers . . aku masuk tahap ni ke . . tak lah . . tapi dalam hati aku paling dalamm . . teringin seyh laki sayangkan aku cam lagu sampai 2 . . sweet gila . . ade ker teah . . ? entahh laarr . .  huhuhuu

Tuesday, January 17, 2012

Hahh . . . suka suka suka . . . ! ! : )


Suka sebab dapat 2 buku free . . . ! novel pulak tu . . . my favourite lah . . . ni yang sayang lebih ni . . . ! : )

Orang dah offer kalau tolak memang rugi lah . . . makin aku order dua lagi . . . macam kejam je bunyi . . . huhuhuhu

Ala orang kata kalau dah sayang lautan api sanggup ku renangi kan . . . so setakat dua buah novel apa ada hal . . . hehehe . . . bini aku tomboy ke and bumi cinta by my most favourite Islamic author, Habiburrahman El-Shirazy . . . !

Bini aku tomboy ke yeahh it sounds a bit ‘kuno’ . . . tapi aku ni memang bukan jenis up-to-date . . . so walaupun masa tengah hot meletup-letup, kalau rasa tak nak beli, tak beli lah . . . dah ala tak berapa nak hot baru ada feel nak beli . . . sukati waa lah . . . hihihihi . . . !

Dah penat kira hari tunggu awak balik . . . ermm balik terus pulak tu . . . lain rasa excited nya . . . huhuhu . . . ! jangan risau , cuma penat kira hari awak balik aje . . . ermm tapi Insya-Allah takkan pernah penat tunggu hari tu sampai . . . : )

Full ( very / sangat / more / most ) credits to Muhammad Shahrul Anuar . . . thousands millions of thanks . . . ! : )

and . . . love . . . : )

Friday, January 13, 2012

2012 means…ke-5 sudahh….. : )

Makan tidur, pergi kelas, balik rumah, pergi kelas, balik kampung, pergi dating, bla la bla and bla ehh dah 2012 ekk…???ehh jap part balik kampung tuhh untuk sharul jela coz aku nihh memang muka balik rumah tiap minggu…sampai pak guard dah malas nak bising aku tak tulis nama pasal memang muka aku jek yang keluar masuk pagar maktab uhh…hihihihi…!

Aku bukan nak cerciter pasal 2012 nihh nak kiamat…bukan kuasa kita manusia boleh tahu bila nak kiamat kan…Cuma orang putih uhh yang berlagak konon tahu serba-serbi lah hal dunia nihh hancur 2012…alhamdulilah kita masih sempat lagi nak bertaubat selagi matahari tak terbit daripada barat lagi 2012 ni…so baiki lah apa saja yang nak dibaiki ekk tahun baru ni…apa punya sengal lah aku dah 13 hb baru nak wish happy new year ke…suka hati aku lah kan…blog aku…huhuhuhu

Ni apa ke jadah 2012 ke-5 sudahh2 ni…hahaha itu lah yang sebenor-sebenornye saja jek nak share happiness yang relationship wes go on tahun ke faif sudah ni…alhamdulilah syukurr-syukurrrr….!tapi dah boleh ke syukurr sekarang…??belum lagi dikk…!lagi satu, dua, tiga, empat tahun lagi aku habis belajar nihh…pengarah pulak dah awal-awal warning tak bagi kahwin selagi tak graduate…!adusss gedebuk hambik kaw…!alah memang aku tak pernah terlintas@terfikir@ter’nak’, ehh ter’nak’ pulak gatal betul lah…hahaha…memang aku tak pernah terfikir pong nak kahwin masa belajar…hish tak nak aku...tokleh konsentret aku study tau dokk terfikir kat laki aku jekk…terpikir sebelum kahwin and selepas kahwin ni lain tau…hahaha…!macam tau-tau jek padahal engaged pong belum…hihihihi…memang betul lah…cita-cita aku ni kalau jadi isteri biar betul-betul isteri, takdanya nak dok jauh-jauh…kalau sebelum kahwin jauh-jauh tu tak kisah lah sangat…aku 25 nanti selamat lah jadi isteri orang…Insya-Allah…amin kan laa…hihihihi

Soo nak tempuh lagi 4tahun nihh memang teramat-amat seksa bagi aku…memang menakutkan betul…tapi bila aku teringat balik yang lan Kristal and isteri dah kawan daripada form 2 lagi baru lah aku rasa semangat  balik nak go on lagi bertahun-tahun…kalau dia boleh buat takkan aku tak boleh kot…tapi aku tau bukan senang diorang nak pertahankan bertahun-tahun-tahun relationship uhh…mesti banyak benda diorang dah lalui sama-sama…dah faham dah luar dalam masing-masing tu camne…kalau dah sayang, baik buruk mesti terima dengan seadanya…tu lah sebab bertahun-tahun pun diorang dapat bertahan…aku sendiri pun dah rasa macam-macam pengalaman sepanjang 4 tahun ni…bila difikir-fikir balik memang mengeluh jugak aku kadang-kadang…macam mana lah aku boleh bertahan and tempuh semua tu…ishh-ishh nak feeling2 pulak dahh….huhuhuhu

Okeh2 tak mo lah emo-emo pulak buat hilang mood tahun baru orang jek…yang penting apa, kerjasama…hehehe..yelah betullah kerjasama masing-masing kenalah ada effort nak jaga relation kan…tapi dialah yang banyak effort nak tahan dengan perangai temper aku ni…aku ni panas baran, tau nak marah je…bukan kata silap sikit, orang takda buat silap pun aku nak marah-marah…haii lah…bayangkan lah dia cuma tertinggal ousing phone yang aku pesan aku dah tak nak bercakap dengan dia…childish…!memang childish gila…small matter je kan tertinggal ousing handphone…padahal esok dah jumpa lagi boleh je bawak esok…kesian aku tengok muka dia dok terkulat-kulat tak tau apa salah dia tiba-tiba aku tak layan dia bercakap…aku rasa orang yang tengok kitorang masa tu memang ingat dia nak pujuk aku jangan clash,padahal terlupa bawak barang jek…!habis dia beriyer-iyer bercakap dengan aku, aku buat macam termenung sorang-sorang aje…haa macam tu lah tahap gabann temper aku ni…sabar jelah dulu yer tuan anuar…tengah dalam proses install antivirus temper ni…hihiihi…!

Haa so apa agaknya azam aku 2012 ni ekk…ahahh…!tahun 2012 nih aku start pakai braces…tapi belum pakai lagi lah…1 hb 2 nanti…makan tahun jugak aku ambik feel nak pasang braces nihh…first pasal duit…ada pulak braces 3,4 ratus kan…makan ribu jugak dikk…!so setelah bertafakur 16 purnama barulah aku berani ambik keputusan nak pakai braces…memang habis lah saving aku pakai braces ni…4ribu siot…!haiii lah…takpe berpantang ajal sebelum maut…tak payah susah-susah fikir, tak ada apa kaitan pun…hahahaha…paling mengerikan + mengilukan, 4 batang gigi cabut woii…memang giloo…!haish macam dah terasa-rasa kebas gusi aku nihh, punyalah takut nak tumbang 4 batang gigi…haii lah…nak cantik punya pasal kan…suffer lah sikit…baru namanya sacrifice…nanti lah lepas jek siap pasang braces nanti aku publish lah kat blog…tu pong kalau tahap keseganan uhh 0…huhuhuhu…si sharul pulak memang kerja gelakkan aku jek…lagi-lagi lepas pakai braces nanti, memang jadi bahan jelah aku…belum pakai lagi pun dah digelakkan…lagi lepas pakai nanti kan…sabar-sabar…!ehh pakai braces pun kira azam ke…?hehehe…bantai lah dah memang itu azam aku daripada zaman sekolah lagi…so kira halal lah tu kan…halal pulak dah…!suka hati lahh…blog aku…hehehe

So tunggulah kemunculan ‘gigi-gigi besi’ku 2hb nanti selewat-lewatnya…if ade beran lah.…hihihihi…!

SELAMAT TAHUN 2012 a.k.a TAHUN KE-5...! wee~~~~~~ : )