teahgemm.blogspot.com

if you are not enjoy with what you have, how can you be happy with more....??

Thursday, May 9, 2013

jangan takut...

assalamualaikum...

hari ni hari ke 4 sejak keputusan PRU diumumkan...BN masih jadi pilihan rakyat...alhamdulillah...!walaupun aku ada pandangan peribadi pasal PRU-13 tapi aku belum masuk 21...so..no komen...

okey lupakan pasal pilihanraya (sebab teahgemm masih tak layak nak cakap pasal politik)...sekarang kita balik kat tajuk entri, 'Jangan takut...'...

jangan risau sebab ni memang cerita seram pun...hoooo...!

jangan baca sorang2...!terutamanya yang duduk hostel/asrama/yang sama waktu dengannya....

ni KISAH BENAR...

kisah 1 : kerana sebiji bawang...

waktu : maghrib

Nadia 'cuti' masa hari kejadian ni berlaku...masa tu rumah Nadia tengah di renovate...so bahagian dapur rumah dia terus nampak luar...cuma dipisahkan pagar besi...

Nadia nak masak nasi goreng waktu maghrib tu sebab dia tak solat so dia rasa nak buat makan malam awal malam tu...

untuk makluman semua, peti sejuk rumah Nadia tu menghadap pagar besi yang terus nampak luar rumah...pemandangan terus keluar tu pulak terus menghadap kebun...sebab keluarga Nadia duduk satu lorong 10 biji rumah semi-D...kawasan kampung...

so Nadia pun pergi kat peti sejuk nak ambik bahan-bahan buat nasi goreng...masa Nadia ambik bawang merah besar,bawang tu terjatuh daripada tangan Nadia dan bergolek-golek agak jauh daripada kawasan peti sejuk...tempat bawang tu berhenti bergolek betul-betul menghadap pagar besi yang terus nampak kebun tu...

Nadia pun dengan perasaan takut dan teragak-agak pergi arah bawang tu...Nadia terasa satu perasaan macam ada someone tengah tengok dia...Nadia pun tengok ke arah pagar tersebut dan.....

ada seorang budak kecik pakai seluar pendek sedang menjenguk Nadia daripada tepi pagar besi tersebut...

matanya berlubang....senang cakap budak tu takde mata...!

Nadia pun berlari lintang pukang daripada dapur tersebut...

Nadia yakin tu bukan anak-anak jiran sebab jiran sebelah rumah anak dia dah berumur 12 tahun macam tu...sedangkan budak tu macam budak 5 tahun...dan rumah Nadia rumah yang paling hujung dan bersebelahan dengan kebun belukar....

moral of the story : masa tengah 'kotor', jangan buat apa2 masa maghrib sorang-sorang...'benda' tu suka perempuan tengah 'kotor'...lagi-lagi masa maghrib...

kisah 2 : aku pun nak jugak!

waktu : maghrib jugak

petang tu suasana mendung...langit gelap macam waktu senja...hujan turun rintik-rintik menandakan akan turun hujan lebat.... Fatiha, mak, dan 2 orang kakak Fatiha lepak kat luar rumah layan suasana mendung...dorang berbual-bual macam anak beranak yang bahagia...mak kata sesiapa yang nampak hantu ni orang-orang yang beruntung...Fatiha pun kata, "Kalau macam tu aku nak nampak hantu lah mak! mak kate orang yang beruntung jek nampak hantu kan.". mak pun kata, "Hish jangan cakap besar...kau nampak betul-betul nanti baru tau.". Fatiha pun tergelak-gelak bila mak dia cakap macam tu...

maghrib tu hujan lebat selebat-lebatnya...angin kuat...pokok bergoyang-goyang kena tiup angin...Fatiha teringat kasut sekolah dia kat luar...kalau tak bawak masuk habis basah kasut sekolah dia esok nak sekolah..so Fatiha ajak kakak dia teman dia ambek kasut sekolah kat luar...

kakak dia bukakkan sliding door, Fatiha pergi ambek kasut dia...kasut tu sebelah je sliding door tu...so kakak dia tak teman sampai luar...cuma berdiri kat sliding door yang terbukak luas tu...hujan kat luar masih sangat lebat, angin bertiup kuat sangat...air hujan sampai terpercik-percik kat Fatiha sebab angin yang terlalu kuat...jarak Fatiha dengan kakak dia terlalu dekat tak sampai tak sampai sejengkal pun...entah kenapa fatiha pandang kiri tengok ke arah jalanraya lorong rumah dia...

Fatiha nampak seorang budak lelaki berumur dalam 5-6 tahun lengkap berpakaian baju melayu pakai kopiah memegang payung and memeluk sesuatu seperti buku...macam budak nak pergi mengaji...budak tu berjalan ke arah bertentangan dengan rumah fatiha...

Fatiha cepat-cepat terus masuk ke dalam rumah...kakak dia pelik sebab Fatiha tergesa-gesa masuk rumah tinggalkan dia sorang-sorang tutup sliding door...Fatiha masuk je terus baring kat sofa termenung pandang siling...mak dia tanya ko kenapa ni...diam aje termenung pandang atas...?Fatiha tengok muka mak dia dan diam seribu bahasa...lepas tu termenung balik macam berfikir sesuatu...muka Fatiha pucat lesi, bibir putih pucat...satu keluarga berdiri keliling Fatiha, risau...

dalam beberapa minit lepas tu Fatiha beritahu mak dia dalam nada tergagap-gagap apa yang dia nampak...satu keluarga Fatiha terkejut dengan apa yang dia nampak...Fatiha termenung sebab dia terfikir semua jiran 10 buah rumah lorong tu takde anak lelaki sekecik tu...yang paling tak logik takkan budak pergi mengaji dalam hujan lebat angin kuat macam tu...mak bapak mana yang benarkan anak keluar mengaji berjalan sorang-sorang masa hujan lebat...memang takde pun anak jiran dia yang pergi mengaji luar, dan memang jiran-jiran dia takde anak umur 5-6 tahun...

masa tu jugak suhu badan Fatiha naik mendadak bila mak dia pegang dahi dia...Fatiha demam terkejut...abah dia terus baca ayat-ayat suci, sapu air kat seluruh badan dia...mak Fatiha kata Fatiha kena sampuk...3 hari Fatiha demam...Fatiha jenis yang sangat susah demam...

moral of the story : jangan 'cakap besar' sebab 'benda' tu sentiasa ada kat sekeliling kita mendengar setiap butir perkataan kita cakap...

kisah 3 : ketuk-ketuk!

masa : awal subuh

kejadian ni berlaku pada pukul 5.30 pagi...Din dan isteri sedang nyenyak dibuai mimpi...dan tiba-tiba...

TOK TOK TOKK!! TOK TOKK TOKK!!

pintu bilik Din yang berkunci diketuk berkali-kali tanpa henti...Din dan isteri tekejut dan terbangun dari tidur akibat bunyi kuat yang diketuk berkali-kali di pintu bilik mereka...Din pun terus duduk di katil dan berkata kat isterinya yang anaknya dah nak gerak balik ke kolej agaknya...memang setiap kali dua orang anaknya akan bertolak seawal jam 5.30 dan 6.30 ke kolej kerana jalanraya lapang kata mereka...anak-anaknya memang akan mengetuk pintu bilik mereka untuk beritahu mereka dah nak bertolak ke kolej...

tetapi isteri Din beritahu yang anak-anaknya masih bercuti dan tak pergi ke kolej pada hari tersebut...Din tak mengambil endah kata-kata isterinya dan terus membuka pintu...

tiada sesiapa di luar bilik tersebut.....

moral of the story : 'benda' tu memang akan meniru setiap  perbuatan kita...

kisah 4 : awalnya!

waktu : awal subuh

Mak Nang bekerja sebagai penguasaha kantin di sebuah sekolah rendah...jadi memang biasanya Mak Nang akan bangun seawal jam 5 pagi untuk menyediakan persiapan makanan untuk dibawa ke sekolah...Mak Nang tinggal di kawasan perumahan kos sederhana yang memisahkan setiap rumah dengan pagar...

pagi tu macam biasa Mak Nang bangun jam 5 pagi dan ke dapur rumah untuk mula memasak...Mak Nang memang akan membuka pintu dapur rumahnya setiap pagi kerana kebanyakan barang memasak seperti kuali dan periuk diletakkan di luar belakang rumahnya...di belakang rumah Mak Nang terdapat sebuah tadika...sedang Mak Nang sibuk mengambil barang memasaknya......

seorang budak perempuan berpakaian lengkap pelajar tadika serta memakai beg sekolah berjalan di belakang rumah Mak Nang melalui luar pagar belakang rumah Mak Nang...Mak Nang pun terus menegur budak perempuan tersebut dengan berkata, 'Awalnya pergi sekolah adik!'...budak tu menoleh ke arah Mak Nang dan alangkah terkejutnya Mak Nang kerana budak perempuan tersebut tiada muka, hanya permukaan kulit yang rata tanpa mata, hidung dan mulut!


dengans semua kisah yang ada kat atas ni, kita tau syaitan dan makhluk-makhluk halus sentiasa berada di sekeliling kita dan mereka sentiasa dapat melihat dan mendengar setiap tutur perkataan dan perbuatan mereka...syaitan tahu setiap jadual harian kita sebab tu tak heranlah dia sengaja nak menakut-nakutkan dan mengusik manusia...

sebenarnya kisah 1, 2 dan 3 berlaku kat rumah aku sendiri...Nadia dalam kisah 1 tu kakak aku, Fatiha dalm kisah 2 tu aku sendiri...Din dalam kisah 3 singkatan nama abah aku Bahrudin...and kejadian dalam kisah 3 tu baru je berlaku isnin lepas...6/5/2013...kisah 4 kejadian benar yang berlaku kat Benut, Mak Nang tu pengasuh aku...masa tu aku pun tak ingat berapa umur aku...mungkin dalam 3-4 tahun kot...kisah 2 pengalaman aku sendiri berlaku masa aku sekolah menengah...tak ingat tingkatan berapa...

aku sekeluarga memang tahu rumah aku tu bukan kitorang je yang duduk...banyak lagi kejadian pelik yang berlaku kat rumah aku...kitorang masih menetap kat rumah tu sampai hari ni...sebelum lorong 10 buah rumah tu wujud, kat tengah-tengah ruang tamu rumah aku tu katanya ada sebatang pokok besar yang dijadikan tempat orang-orang berjudi mengangkung kat situ mintak nombor ekor...kiranya pokok tu disembah, dipuja...satu keluarga aku pernah ada pengalaman seram masing-masing kat rumah tu...

tak larat nak tulis semuanya sebab terlalu banyak dan agak menyeramkan untuk aku tulis pukul 12.30 malam ni...sepanjang aku taip entri ni, bulu roma tengkuk aku meremang...macam kejadian-kejadian tu baru berlaku semalam...sampai hari ni aku masih ingat setiap detik kejadian budak lelaki yang aku nampak tu...

memang nak cerita banyak lagi tapi aku tak cukup kuat and berani untuk tulis cerita-cerita menyeramkan awal-awal pagi ni...cuaca malam ni pulak hujan, angin kuat...so aku dah serik!

:: teahgemm.blogspot.com

1 comment:

  1. maybe jin yg rajin mengusik tu.mujur dorang x lebih2,x masuk badan ahli keluarga awak.

    ReplyDelete