teahgemm.blogspot.com

if you are not enjoy with what you have, how can you be happy with more....??

Saturday, November 19, 2011

Malaysia VS Myanmar, Malaysia menang 1-0

Ketidakhadiran jurulatih kebangsaan Malaysia skuad bawah 23 tahun Sukan Sea di Palembang Indonesia, Ong Kim Swee ternyata tidak sama sekali mematahkan skuad negara bawah 23 mencapai kejayaan menewaskan Myanmar 1-0 di minit ke 83 petang tadi di Stadium Bung Karno Indonesia. Penantian yang agak panjang itu ternyata mendapat sorakan gemuruh rakyat Malaysia yang menyokong perlawanan separuh akhir di stadium itu petang tadi.

Sepakan tunggal Ahmad Fakri Saarani ternyata menjadi untuk dijaringkan ke gawang Myanmar. Sepakan yang membawa kemenangan itu boleh dikatakan telah menjadi penamat perlawanan petang tadi walaupun perlawanan masih berbaki 7 minit lagi. Tambahan masa 2 minit telah digunakan sebaik-baiknya oleh pasukan Myanmar untuk membuat penyamaan gol tetapi benteng pertahanan yang dipertanggungjawabkan kepada pasukan Malaysia iaitu Mahali Jasuli, Muslim Ahmad, Fadhli Shas dan Asraruddin Putra Omar ternyata kebal untuk membantu Khairul Fahmi Che Mat menghalang gawang Malaysia daripada ditembusi pasukan Myanmar. 

Ong Kim Swee dilihat sangat gembira dengan berakhirnya perlawanan separuh akhir Malaysia-Myanmar petang tadi. Ternyata ketidakhadiran beliau di tepi padang tidak melemahkan skuad negara melayakkan diri ke pusingan akhir Sukan Sea di Palembang, Indonesia tahun 2011. Tahniah Ong Kim Swee dan pasukan bolasepak Malaysia.

No comments:

Post a Comment