Assalamualaikum w.b.t....
Ibnu Qaiyum dalam kitabnya, Al-Fawaid menyebut :
Ibnu Qaiyum dalam kitabnya, Al-Fawaid menyebut :
"sesungguhnya syaitan menggoda manusia dan mendoakan mereka agar terjerumus dalam 5 PERKARA"
- mengajak manusia untuk KUFUR. apabila manusia terjerumus dalam kekufuran dan SYIRIK, bererti syaitan telah dapat mengalahkan mereka dan syaitan dapat beristirehat.
- mengajak manusia untuk melakukan BID'AH (segala sesuatu yang diadakan, tambahan baru, mereka-reka). jika manusia terjerumus dalam perbuatan bid'ah dan menganggap baik perbuatan itu, maka syaitan berasa senang dan puas.
- mengajak manusia melakukan perbuatan yang boleh membawa kepada dosa-dosa besar.
- mengajak manusia melakukan perbuatan yang membawa kepada dosa-dosa kecil.
- mengajak manusia melakukan perbuatan-perbuatan mubah (mubah adalah suatu perkara yang jika dikerjakan seorang muslim mukallaf tidak akan mendapat dosa dan tidak mendapat pahala. Contohnya makan dan minum, belanja, bergurau, mengelamun/berangan, dan lain sebagainya) dan yang merosakkan sehingga perbuatan itu menyibukkannya untuk mentaati Allah dan meninggalkan perbuatan yang lebih utama.
oleh itu, sentiasalah berwaspada dengan godaan-godaan syaitan, kerana makhluk yang dilaknat ini tidak pernah mengalah daripada menghasut manusia agar mengingkari merintah-perintah Allah s.w.t.
ASTAGHFIRULLAHALA'ZIM......
:: teahgemm.blogspot.com
No comments:
Post a Comment