teahgemm.blogspot.com

if you are not enjoy with what you have, how can you be happy with more....??

Bercinta cara KITA (Kita, Islam, Teguh, Agama-Nya)


Sudah Jumpa Jodoh Anda?



Setiap orang mengimpikan bakal pasangan yang pandai menghargai. Sifat mulia ini boleh menjamin keteguhan rumahtangga yang terbina. Malah, pasangan yang memiliki sifat ini boleh dijadikan teman ketika gembira dan berduka.

Selain itu, personaliti yang bersederhana, tidak materialistik, tidak terlalu bermewah-mewahan lahir daripada jiwa yang sentiasa redha, mudah menghargai pasangannya.

Diriwayatkan daripada Mu'az bin Anas r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

"Sesiapa yang meninggalkan pakaian yang indah dengan tujuan merendahkan diri kerana Allah, sedangkan dia mampu berbuat demikian, maka Allah memanggilnya pada hari kiamat di hadapan orang ramai, kemudian Allah menyuruhnya memilih pakaian yang dia suka daripada pelbagai pakaian orang yang beriman."
(Riwayat al-Tarmizi)


BAGAIMANA MENGURUSKAN DIRI UNTUK MENDEKATKAN JODOH?

1.    Fahami emosi dan kerenah wanita

Seorang lelaki perlu memahami bahawa wanita dicipta bersama jiwa yang halus dan sensitif. Jiwa sebegitu membolehkannya menjalankan peranan sebagai seorang ibu mengandung, melahirkan dan membesarkan anak. Begitu unik ciptaan Allah!

Kerenah perempuan juga agak berbeza dan perlu difahami agar lelaki mampu bertindak adil dengan perempuan tersebut. Perempuan suka mengikut emosi apabila bertindak, berbanding lelaki yang lebih rasional. Perempuan juga berfikir sambil bercakap berbanding lelaki yang kurang bercakap dan diam ketika berfikir.

Oleh itu, lelaki jangan menuduh melulu pasangannya kuat berleter atau membebel, sebaliknya tangani kerenah itu dengan bijak dan berhikmah.


2.    Elakkan memberi tumpuan pada kelemahan pasangan

Setiap orang mempunyai kelemahan diri masing-masing. Tiada manusia yang sempurna, melainkan Rasulullah s.a.w. yang terpelihara dirinya daripada dosa.

Oleh sebab itu, elakkan memberi tumpuan pada kelemahan pasangan. Contohnya, apabila pasangan kita seorang yang tidak pandai bercakap depan orang ramai, cari kebaikan lain pada dirinya, bukan memandang pada satu kekurangan itu sahaja. Ingatlah, diri kita juga sarat dengan kelemahan dan mungkin kebaikan-kebaikan lain yang ada pada diri pasangan boleh membantu menampung kelemahan diri kita.


3.    Senyuman dan balasan ihsan

Senyuman yang terukir indah di bibir seorang wanita sangat memberi kesan di hati lelaki. Namun, seorang wanita tidak boleh sembarangan menghadiahkan senyuman kepada lelaki kerana mungkin menjadi racun berbahaya pada hati lelaki tersebut.

Senyuman manis seorang wanita selayaknya hanya untuk lelaki bernama suami. Namun, tidak salah bagi seseorang wanita menyemaikan sifat suka tersenyum dalam dirinya. Senyumlah buat semua saudara Islam sejenisnya. Sifat itu akan subur menghiasi diri dan menjadi keistimewaannya, apatah lagi jika ditambah dengan bahasa badan yang menarik.

Hakikatnya, biar semnais mana pun senyuman dan secantik mana pun bahasa badan, seseorang wanita itu hanya kelihatan benar-benar menawan apabila ia lahir daripada hati yang bersih.


4.    Keserasian atau persamaan

Manusia mudah tertarik dengan seorang yang kelihatan serasi dengannya. Seseorang itu serasi apabila dia mempunyai hubungan atau persamaan dengan kita. Contohnya, hubungan atau persamaan dari sudut tahap pengorbanan, keserasian dan keakraban.

Biasanya, pasangan yang kerap melakukan aktiviti bersama mudah tertawan. Contohnya seperti bergerak dalam parti politik yang sama, melakukan aktiviti keagamaan yang sama, hobi yang sama dan sebagainya.

Walaupun banyak perbezaan antara pasangan, namun mereka masih boleh menjadi pasangan yang ideal jika mempunyai persamaan walaupun pada satu perkara. Berdasarkan pengalaman dan kajian, terbukti bahawa persaudaraan dan kasih sayang antara manusia tidak tumbuh melainkan dengan adanya persamaan tabiat dan istiadat.

Oleh sebab  itu, tidak hairan jika kesatuan pemikiran, perasaan, tujuan dan pertimbangan dapat menyatukan dua hati lantaran persamaan mereka terlalu ketara.


5.    Bertemu dan menjaga syariat

Menjaga syariat yang dimaksudkan contohnya mengajak pasangan datang ke rumah untuk perjumpaan yang melibatkan ramai orang. Pasangan tidak dibolehkan sesekali keluar berdua-duaan tanpa kehadiran mahram bersama. Bertepatan dengan maksud:

"Apabila keluar berdua-duaan antara lelaki dan wanita, orang ketiganya ialah syaitan."
(Riwayat Ahmad)

Pertemuan itu juga perlu atas urusan yang dibenarkan syariat. Perjumpaan tanpa tujuan dan urusan bukan sahja tidak dibenarkan agama malah menjadi tunas berputiknya nafsu syahwat yang liar di hati.


6.    Mempamerkan emosi yang sama

Si dia pasti mudah memberi kepercayaan kepada kita apabila mendapati kita mempunyai emosi yang sama dengannya. Malah, mungkin dia menganggap kita orang yang paling memahami emosinya.

Contohnya, apabila dia terlanggar kucing, lalu menunjukkan emosi sedih, kita juga hendaklah menunjukkan emosi sedih dan bersimpati.


7.     Membantu menaikkan semnagat  

Orang yang mudah menerima semangat dan kata-kata perangsang (motivasi) daripada seseorang, akan mudah tertarik dengan seseorang tersebut. Mungkin orang itu akan menjadi idola atau'guru'nya. Seseorang yang gemar memberi semangat dan perangsang memiliki ciri-ciri pasangan yang baik, memahami dan mengambil berat.

Oleh sebab itu, jika kita mendapati orang yang kita jatuh cinta sedang memerlukan nasihat, motivasi dan perangsang, janganlah berat hati untuk membantunya. Namun, batas-batas syariat perlu dititikberatkan.


8.    Lakukan sebanyak mungkin perkara yang disukai

Setiap orang pasti suka menyukai pasangan yang mempunyai persamaan minat dengannya. Oleh sebab itu, jika kita menyukai seseorang dan benar-benar jatuh cinta terhadapnya, lakukan sebanyak mungkin perkara-perkara yang disukainya selagi mana tidak bertentangan dengan syariat.

Namun, elakkan sikap hipokrit kerana itu bukan sikap yang dianjurkan dalam Islam. Sebaik-baiknya, cuba memimpin diri melakukan sesuatu yang baik dri kaca mata syariat dan ikhlas kerana Allah s.w.t., nescaya perkara itu tentu baik dari kaca mata manusia.

Semua perlakuan yang buruk serta sifat mazmumah sudah tentu tidak disukai oleh manusia yang baik. Maka hendaklah kita kikis sebanyak mungkin. Sudah tentu sifat ini juga tidak disukai oleh pasangan yang baik.


9.    Tindakan serentak yang berulang boleh menarik pasanagan

Seseorang itu tentu mudah tertarik denganseseorang yang sering bertindak serentak berulang kali dengan tanpa dirancang. Bagaikan itulah petanda bahawa mereka akan bersama. Contohnya, si dia senyum kita pun senyum, si dia memakai baju ungu kita juga memakai warna ungu, si dia mencuci kasut kita juga mencuci kasut dan sebagainya.

Kadang-kadang apabila kita sedang memikirkan tentang sesuatu perkara, tiba-tiba si dia terus bertanya perkara yang sama. Kadang-kadang hendak mengambil lauk di dalam mangkuk juga serentak!


10. Memuji dengan ikhlas

Kadangkala, belaian kata-kata indah melaui pujian ikhlas boleh menambat hati pasangan. Namun, jangan terlalu berlebih-lebihan dalam memuji kerana ia boleh melalaikan hati pasangan malah boleh menyuburkan sifat riak dab ujub.

Berpada-padalah dalam memuji dengan niat untuk meghargai dna menggalakkan agar dia terus mengekalkan sifat-sifatnya yang terpuji. Rasulullah s.a.w. juga tidak kedekut memberikan pujian dan memanggil dengan nama-nama penghargaan buat sahabat-sahabat tercinta seperti gelaran "al-Siddiq" (yang benar) dan "al-Faruq" (pemisah antara hak dan batil) dan sebagainya.


11. Seimbang

Wanita yang pandai mengurus hidupnya dengan seimbang dari sudut pergaulan, keagamaan, pengurusan diri, pengurusan masa dan sebagainya menjadi idaman lelaki. Sifat mulia ini penting untuk disuburkan dalam hidup berkeluarga bagi menguruskan urusan rumahtangga  yang menuntut seribu satu tanggungjawab. Wanita yang seimbang mempunyai perancangan matlamat hidup yang jelas.

Diriwayatkan daripada Ibn Umar r.a. katanya:

"Rasulullah s.a.w. menepuk bahuku serta bersabda yang bermaksud:"

'Hendaklah engkau jadi di dunia ini seolah-olah berdagang di negeri  orang atau sebagai orang yang melintasi jalan."

Ibn Umar r.a. berkata:

"Jika kamu berada pada waktu petang, janganlah kamu tangguh ke waktu pagi dan jika kamu berada pada waktu pagi janganlah kamu yangguh ke waktu petang. Rebutlah kesempatan seaktu kamu berada dalam keadaan sihat sebagai persediaan waktu engkau sakit, dan ketika engkau masih hidup sebagai bekalan ketika engkau mati."
(Riwayat al-Bukhari)


:: dipetik daripada SOLUSI isu 33 (DATO’ DR. HJ. MOHD FADZILAH KAMSAH)



Suami Romantik Menghargai Isteri




Seorang lelaki perlu bijak membelai perasaan wanita yang sensitif  dengan kata-kata yang menunjukkan penghormatan, perhatian dan peghargaan.

Wanita mengimpikan seorang lelaki yang sentiasa menghargai pengorbanannya dalam menguruskan rumahtangga lantaran jiwanya yang lembut, minta belaian dan memberi perhatian.

Oleh itu, lelaki jangan terlalu berkira memberi penghargaan kepada pasangan kerana itulah yang membahagiakan seorang wanita.

Antara penghargaan yang boleh diberikan adalah seperti kata-kata pujian, pelukan dan dan kucupan (pasangan suami isteri sahaja), hadiah (terutama yang tidak dijangka), meluangkan masa bersama, ,memberikan kemudahan mengurus rumahtangga seperti peralatan canggih serta bercuti melancong bersama.