Kau selalu di hati , tidak ku dekati , dua dunia kita berbeza
Cinta itu buta dan juga boleh membutakan
melukakan dan sukar untuk kita lupakan
Aku cinta padamu hanyalah ungkapan
luahan yang jarang bermakna bila diucapkan
Ini pula cerita cinta sang pujangga bukan arjuna sita
bukan cinta dan drama
Mungkinkah khayalan akal mainan minda
Atau lamaran puitis , dengan hasrat yang indah
Kau selalu di hati tidak ku dekati
sentiasa ada mata jahat yang memerhati
Tapi ku tak runsing tidak mungkin rindu
ku pusing lihat wajahmu di setiap penjuru
Senyuman di kaca kisah mu ku baca
Perjuangan kita sama duka mu ku rasa
Aku pasrah saja pada yang Esa
Kerna ku tahu dua dunia kita berbeza
Kau selalu di hati , tidak ku dekati , dua dunia kita berbeza
Suka di kala malam termimipi-mimpi
Rindu di kala siang mencari-cari
Kasih sebenar tidak bertukar tidak sebentar
walau dipisah lautan direnangi gelora
Dan kadangkala hanyut bagaikan buah ara
malu sering bersua tapi jarang bersuara
Kenapa bercinta jika kesudahannya pasrah
Kerana bila dilamun indahnya tidak terkata
Tersimpan hasrat tiada siapa yang mengerti
Harapan menggunung sampai penghujung dinanti
Dipegangkan janji tetap ratu di hati
Dengan izin tuhan kan bersama kapan hari pasti
Sabar menanti Kesabaran diuji
Berdoa dalam sujud sejadah ditangisi
Aku pasrah saja pada yang Esa
Kerna ku tahu Dua dunia kita berbeza
Kau selalu di hati , tidak ku dekati , dua dunia kita berbeza
Perjuangan seni kita tidak berpenghujung
Jangan tinggal batu bernama tak berpengunjung
Cabaran menikam , kau tidak pernah bermurung
Tetap tersenyum walau kesedihan menyelubung
Bukan rupa paras mu yang jadi ukuran
Atau suaramu yang jadi bahan tuturan
Ku bukan mahu hubungan tapi kejujuran
Hadiah sepatah dari mu satu kesyukuran
Tapi bila bertentang mata tidak terbentang kata
iya tapi tentang apa
Wajah mu yang cantik Manis lagi
Senyuman sepasti mentari timur tiap pagi
Realiti sukar diatasi
Tapi kesudahan indah harus bermula dengan fantasi
Ku rasa terhoyong-hayang antara dua dunia
Biar khayalan ku melayang
Kau selalu di hati , tidak ku dekati , dua dunia kita berbeza
No comments:
Post a Comment